Wednesday, November 21, 2007

Program Lebih Hebat Daripada Adsense

Setakat ini belum ada lagi program yang paling stabil, diyakini, tiada risiko dan menguntungkan selain Program Adsense. Belum ada juga program klik yang menawarkan ganjaran yang tertinggi selain Adsense. Jika ada, ia adalah program komisyen, iaitu setelah pembeli membuat bayaran, barulan blogger yang menyediakan iklan untuk program tersebut akan menerima bayaran. Sehingga kini, program Adsense telah mengungguli program yang hebat di era ini.

Kelemahan Adsense

Salah satu syarat adsense ialah blog kita hendaklah sekurang-kurannya 80% dalam bahasa inggeris atau ejaan yang berdaftar dalam kamus english. Selain itu, semua tajuk post hendaklah 100% dalam bahasa inggeris.

Atas sebab inilah ramai blogger yang tidak mahir menguasai atau biasa berbahasa inggeris cuma hangat-hangat tahi ayam. Mereka menyediakan sebuah blog dalam beberapa minggu, atau antara 10 ke 20 post, kemudian setelah adsense yang diletakkan itu berjaya memaparkan iklan yang releven dengan post dalam blog mereka, maka mereka akan berhenti menulis dan menunggu program adsense memberikan pulangan. Biasanya pulangan ini tidak sampai USD10 pun. Malah semakin lama blog tersebut ditinggalkan, maka semakin rendah rangking blog tersebut. Selain itu, dengan syarat-syarat tertentu program adsense, blog yang tidak aktif akan berkurang pula ganjaran yang telah terkumpul.

Matlamat keuntungan bersama

Keuntungan bersama adalah matlamat semua orang. Ataupun kepuasan menulis. Bagi mereka yang mahir berbahasa inggeris, kepuasan atau minat untuk menulis bolehlah dibalas dengan pulangan daripada program Adsense yang dipasang di blog masing-masing.

Tetapi, bagaimana bagi mereka yang menulis untuk kepuasan ini, terus menulis dalam bahasa Melayu? Biasanya, mereka tentu akan berhenti menulis setelah bertemu dengan komitmen yang baru atau jika ada sesuatau perkara yang menguntungkan untuk diberi perhatian. Atau jika mereka telah bosan menulis.

Revolusi Kuiz

Sebenarnya masih banyak lagi program yang menguntungkan penulis blog dalam bahasa Melayu. Salah satunya ialah dengan kewujudan kuiz.

Kuiz yang menawarkan hadiah ialah salah satu revolusi atau satu invention, dan apabila ia menjadi satu gaya dalam dunia blog, maka ia akan menjadi salah satu program yang menguntungkan.

Bagaimana Kuiz menguntungkan?

Penulis blog yang menganjurkan kuiz akan meminta syarat-syarat tertentu yang akan memberikan keuntungan kepada pihak penganjur. Sudah tentu peserta akan bersaing merebut tempat yang menawarkan hadiah dengan cara memenuhi syarat penyertaan.

Sebagai balasannya, maka layaklah peserta yang berjaya diberikan hadiah yang lumayan.

Hadiah lumayan?

Ya, lumayan dan menguntungkan penganjur dan peserta.

Sebagai contoh, blog http://rawatankesihatan.blogspot.com/ menganjurkan kuiz yang menawarkan hadiah RM200 sebagai pemenang utama, RM150 tempat kedua, RM100 tempat ketiga dan RM10 sebagai saguhati kepada 5 tempat berikutnya. Untuk syarat dan peraturan kuiz ini, sila rujuk post sebelum ini bertajuk Kuiz Rawatan Kesihatan.

RM200 mungkin amat kecil bagi rakyat Singapura dan Brunei, sederhana bagi rakyat Malaysia dan agak mahal sedikit bagi rakyat Indonesia.

Ia sebenarnya diletakkan berdasarkan teori Penawaran dan Permintaan (Demand and Supply). Oleh itu, jumlahnya akan meningkat berkali-kali ganda sekiranya terdapat sambutan mengalakkan dan juga sekiranya terdapat saingan daripada penganjur atau blogger yang lain.

Sebelum ini, saya pernah menyertai kuiz seumpama ini (dengan syarat yang agak berbeza) tetapi dengan ganjaran cuma RM50. Ketika itu sambutan agak baik dengan penyertaan tidak kurang daripada 20 orang.

RM50 sahaja?

Ya, ketika itu teori Penawaran dan Permintaan menyebabkan tawarannya cuma RM50 untuk pemenang pertama.

Kini jumlah tersebut ialah RM200 dan ia ditawarkan untuk kuiz yang sedang berlangsung sepanjang 20 November 2007 hingga 31 Disember 2007.

Pada masa yang akan datang, penganjur yang lain perlu menawarkan hadiah yang lebih daripada RM500 (iaitu jumlah keseluruhan tawaran) atau sekurang-kurangnya senilai dengannya.

Bagaimana yang tidak berjaya mendapat hadiah juga untung?

Apabila ada pemenang, tentu ada yang kalah. Tetapi sebenarnya semua peserta untung.

Sesetengah penganjur yang lain tidak menetapkan syarat seperti back link dan ulasan post di blog peserta itu sendiri. Sudah tentulah peserta tersebut tidak mendapat sebarang keuntungan dan mula menarik diri di saat-saati akhir setelah mendapati tiada harapan untuk menang.

Tetapi tidak kepada peserta yang menyertai kuiz yang dianjurkan oleh http://rawatankesihatan.blogspot.com/. Penganjur mengenakan syarat seperti membuat back link dan post ulasan di blog sendiri. Selain itu, peserta diwajibkan membuat hiperlink di side bar blog mereka. Post ulasan tersebut bukan satu, tetapi perlu tiga. Post ulasan seterusnya pula akan diberi tambahan markah. Dengan ini semua, sudah tentulah ranking SEO blog peserta akan meningkat dengan mendadak. Blog yang tinggi ranking SEO akan lebih dikenali di search engine. Semakin banyak post ulasan yang menyediakan back link, maka lebih tinggilah ranking SEO mereka.

Tidak cukup dengan itu, penganjur akan membuat senarai peserta yang tertinggi markahnya serta memaparkan komen yang ditinggalkan dengan masing-masing dilengkapi backlink. Biasanya hampir kesemua peserta yang lain pasti akan melakukan klik ke blog peserta yang tersenarai. Dari sini, trafik akan bertambah diikuti dengan ranking SEO blog peserta tersebut.

Tahukah anda, peserta akan jadi lebih aktif dan terangsang dengan penyertaan mereka dalam sesuatu kuiz?

Inilah fenomena yang pasti berlaku. Sesiapa yang rajin, dialah naik atas.

Penganjur akan jadi lebih sibuk mengadili peserta daripada membangunkan blognya sendiri.

Bagi peserta (yang juga seorang blogger), mereka secara automatik telah memajukan blog mereka sendiri hanya dengan memenuhi syarat penyertaan, iaitu mengulas tentang sesuatu post dalam http://rawatankesihatan.blogspot.com/

Kuiz lebih untung daripada Program Adsense

Ya, masakan tidak. Jika anda seorang yang kreatif menulis dalam bahasa inggeris, tetapi tidak mahir IT untuk meningkatkan rangking blog, sudah tentu anda kekurangan trafik (pelawat). Trafik yang rendah akan mengurangkan klik kepada program adsense anda. Untuk mendapat trafik yang tinggi, anda juga perlu ada usaha yang tinggi untuk menulis dengan lebih banyak lagi.

Pengalaman saya setakat hari ini, blog berbahasa Melayu yang menerima pelawat teringgi sehari paling maksimum yang pernah saya temui ialah sebanyak 3000 orang. Itu pun ialah blog kepunyaan seorang blogger yang agak pakar dalam IT dan telah lama mahir menulis blog melebihi setahun yang lalu. Sesetengah blog berbahasa Melayu hanya menerima purata 40 orang sehari sejak setahun yang lalu.

Blog berbahasa Inggeris mungkin boleh menerima pelawat 10 kali ganda daripada blog berbahasa Melayu.

Blog berbahasa inggeris yang menerima bayaran daripada program adsense paling maksimum yang pernah saya temui ialah kira-kira USD300 atau menyamai lebih kurang RM1,000. Itu pun blog berbahasa inggeris kepunyaan blogger proffesional. Bagi yang kurang proffesional mungkin dalam lingkungan USD120. Itu pun biasanya terkumpul setelah dua bulan lamanya. Bermakna sebulan blogger tersebut akan mendapat kira-kira RM200 sebulan. RM200 untuk satu usaha yang amat berat!

Lebih malang lagi jika USD120 itu terkumpul setelah 3 ke 5 bulan.

Dengan kuiz, tidak semestinya anda perlu ada trafik hingga 3000 orang atau menulis post dalam bahasa inggeris setiap hari untuk mendapatkan RM200. Anda boleh menulis dalam bahasa Melayu / Indonesia, tidak perlu sampai setiap hari. Kemudian bersaing mengumpul markah setinggi mungkin, kemudian anda boleh mendapat tempat pertama untuk membolot hadiah RM200. Selain hadiah yang lumayan, banyak lagi faedah yang tidak dapat ditawarkan oleh program Adsense.

Kesimpulan

Insya Allah. Semua orang untung

2 comments:

No longer valid said...

Seperti pernah saya ungkapkan, semoga dengan kuiz ini Allah ijinkan kita berjumpa. Perjumpaan diantara shahabat2 serumpun, tentu saja tak akan terukur nilainya. Bagi saya uang RM200 itu sangat besarnya, bahkan juga RM10. Ianya akan menempati dompet saya seumur hidup bahkan bisa saya wariskan ke Gaby sebagai nilai bersejarah. Terakhir saya memegang RM itu di tahun 1976. Banyak2 bersyukurlah.

Fauzi HBP 89 said...

Blog anda banyak info, Tahniah. Saya fauzi, ingin mengajak anda menjadi agen saya. Produk saya MINYAK JAGUH KANDA, TONGKAT ALI LARUT AIR, NUTRIEN CERDAS OTAK, Produk saya mudah jual kerana murah.Klik segera untuk maklumat lanjut

Sekiranya anda hanya melihat kotak-kotak kosong, ini ialah tulisan jawi. Sila klik link ini untuk mendownload tulisan jawi secara selamat dan percuma ke dalam komputer anda. Kemudian save ke dalam WINDOWS - FONTS

ARIAL JAWI, ARIAL NASAKH and ARABIC TYPESETTING