Wednesday, November 21, 2007

Nilai RM200

Keunikan manusia menjadikan nilai sesuatu itu berbeza. Ringgit ialah simbol untuk menilaikan matawang yang digunapakai di Malaysia. Nilai bagi jumlah RM200 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja) ialah sesuatu yang amat hangat dan hebat untuk diperkatakan.

RM100 muka hadapan

RM100 muka belakang

Kuasa RM200

Berikut ialah kuasa yang dimiliki oleh nilai RM200.00 sekiranya digunakan oleh rakyat Malaysia;
  1. Bil telefon talian tetap sebulan
  2. Bil telefon bimbit sebulan
  3. Boleh jadi jumlah bil telefon talian tetap dan telefon bimbit sebulan
  4. Bil elektrik sebulan
  5. Bil air 2 bulan
  6. Boleh jadi jumlah bil elektrik dan air sebulan
  7. Boleh bayar bil air untuk penggunaan 4 bulan
  8. Bil siaran TV satelit ASTRO 2 bulan
  9. Boleh jadi bil siaran TV satelit ASTRO 4 bulan.
  10. Minyak kereta (mobil) untuk 1 minggu.
  11. Boleh jadi minyak kereta (mobil) untuk 2 minggu.
  12. Bil talian internet board band steramyx untuk 2 setengah bulan
  13. Boleh jadi bil talian internet board band streamyx untuk 4 bulan
  14. 1/3 daripada sewa rumah di bandar besar
  15. 1/2 daripada sewa rumah di luar bandar
  16. Sewa rumah sebulan di pendalaman
  17. Penginapan hotel 3 bintang untuk 2 malam
  18. Penginapan hotel 4 bintang untuk 1 malam
  19. Pembiyaan tol lebuhraya PLUS untuk 1 bulan
  20. Boleh jadi pembiyaan tol lebuhraya PLUS untuk 2 bulan
  21. Boleh memenuhkan troli ketika membeli belah di Tesko atau Giant atau Carefour atau Parkson atau Jaya Jusco
  22. Tiket kapal terbang pergi balik AirAsia antara Kuala Lumpur ke Langkawi, jika booking awal
  23. Perbelanjaan minyak dan tol pergi balik antara Pulau Pinang ke Kuala Lumpur (iaitu perjalanan sejauh kira-kira 600 km dengan tempoh perjalanan 5 jam).
  24. Belanja pakaian sekolah seorang anak.
  25. Boleh jadi belanja pakaian sekolah 2 orang anak.
  26. Belanja untuk 2 minggu seorang penuntut universiti atau institusi pendidikan tinggi.
  27. Boleh jadi belanja untuk 3 minggu seorang penuntut universiti atau institusi pendidikan tinggi.
  28. Yuran sebulan persekolahan anak di Sekolah Agama Rakyat atau sekolah swasta.
  29. Boleh jadi yuran 2 bulan persekolahan anak di Sekolah Agama Rakyat atau sekolah swasta.
  30. Yuran anak prasekolah untuk 4 bulan.
  31. Yuran penjagaan anak (nurseri) untuk 2 bulan.
  32. Yuran building management (untuk mereka yang tinggal di pangsapuri bermanagement).
Mungkin anda boleh tolong senaraikannya lagi di blog anda. Jika untuk rakyat Indonesia, RM200 mungkin dalam 536,300 Rupiah. (Sila rujuk tool ini untuk mengira tukaran semasa antara matawang Rupiah dan matawang yang lain http://www.mataf.net/en/currency-converter-109.htm)

Sumber RM200
  1. Berusaha keras dalam program Adsense dengan menyediakan blog berbahasa inggeris dengan menulis post baru hampir setiap hari.
  2. 1/2 pendapatan sebulan mereka yang mengumpul dan menjual barang kitar semula.
  3. Boleh jadi pendapatan sebulan mereka yang menjual barang kitar semula.
  4. 1/3 daripada gaji pokok kerani am kerajaan.
  5. 1/2 daripada gaji pembantu kedai atau pelayan restoran.
  6. 1/2 daripada gaji kerani di luar bandar
  7. Gaji sebulan untuk pekerja bawah umur
Mungkin anda boleh tulis lebih lagi sumber RM200 ini di blog anda.

Aliran antarabangsa RM200

"Malaysia Trully Asia" ialah satu cogan kata yang telah menarik berjuta-juta pelancung hingga menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mendapat tempat kedua dalam penerimaan pelancung tertinggi setelah Hong Kong.

Ironinya, "Malaysia Trully Asia" juga adalah suatu persepsi rakyat malaysia yang melihat negara ini diserbu dan dibanjiri oleh rakyat dari negara jiran yang ingin mendapatkan peluang pekerjaan. Bermula dari Indonesia, kini Myanmar, Bangladesh, India, Nepal, Pakistan, Vietnam, Combodia, Laos, Thailand, Phillipine dan banyak lagi (setakat ini Singapore dan Brunei belum lagi). Maka betullah "Malaysia Trully Asia".

Kini di bandar-bandar besar, mereka berada di mana-mana. Berdekatan dengan kediaman saya (bandar Ipoh, Perak), terdapat sebuah asrama yang menempatkan lebih 100 orang pekerja Indonesia yang bekerja di sebuah kilang. Kesemua pekerja tersebut mendapat lebih 4 kali ganda RM200.

Pekerja import ini lebih rajin ke bank berbanding rakyat tempatan. Rupa-rupanya mereka setia dan disiplin mengirimkan wang ke kampung dengan pelbagai kemudahan seperti Western Union dan sebagainya.

Berapakan jumlah yang biasa mereka kirimkan?

Puratanya ialah tidak kurang daripada RM200.

Jika 100 orang pekerja ini mengirimkan RM200 ke negara asal, maka sebanyak gandaan 100 wang RM200 telah mengalir dalam aliran antarabangsa. Bagaimana dengan 2 juta rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia, dengan 6 juta lagi rakyat dari beberapa negara yang lain?

p/s: nampaknya insya Allah ada lagi RM200 yang berpotensi untuk mengalir ke aliran antarabangsa.

Hadiah utama pemenang Kuiz Rawatan Kesihatan = RM200

RM200 ialah hadiah utama untuk pemenang kuiz tersebut, diikuti RM150 untuk tempat kedua, RM100 untuk tempat ketiga dan 5 kedudukan yang berikutnya akan menerima saguhati RM10 seorang.

Kuiz Rawatan Kesihatan dianjurkan oleh blog http://rawatankesihatan.blogspot.com/

Syarat dan peraturan terdapat dalam blog ini di post bertajuk Kuiz Rawatan Kesihatan atau http://ariffaizal.blogspot.com/2007/11/kuiz-rawatan-kesihatan.html

Bagi peserta kuiz ini RM200 lebih daripada nilai sebenarnya.

Berapakah nilai sebenar RM200?

Hanya anda yang boleh memberikan nilai sebenar terhadap RM200

No comments:

Sekiranya anda hanya melihat kotak-kotak kosong, ini ialah tulisan jawi. Sila klik link ini untuk mendownload tulisan jawi secara selamat dan percuma ke dalam komputer anda. Kemudian save ke dalam WINDOWS - FONTS

ARIAL JAWI, ARIAL NASAKH and ARABIC TYPESETTING