Sunday, November 4, 2007

Istilah Blogging

Pemerhatian yang dijalankan kepada mereka yang masih belum berjaya membina blog adalah disebabkan oleh kekeliruan terhadap istilah tertentu di dalam dunia internet. Bukan salah kita kerana gagal memahami istilah ini, tetapi kerana sesuatu laman di dalam internet ini menggunakan istilah yang berbeza sedangkan maksudnya sama.

Sebagai contoh, Google dan Yahoo menggunakan istilah yang berbeza seolah-olah bersaing untuk mewujudkan pembendaharaan kata yang tersendiri. Post ini akan menerangkan maksud istilah yang digunakan walaupun perkataannya berbeza.

Mendaftar

Untuk menggunakan sesuatu perkhidmatan, semua pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu dengan perkhidmatan tersebut supaya mereka mudah mengenali diri kita. Untuk mendaftar, kita perlu klik butang yang betul.

Google biasa menggunakan istilah Sign up. Yahoo juga biasa menggunakannya. Tetapi dalam keadaan tertentu, Yahoo menggunakan Joint in.

Masuk

Apabila anda telah mendaftar, lain kali anda boleh menggunakan perkhidmatan tersebut dengan cara meletakkan identiti anda dan memasukkan password. Untuk masuk ke perkhidmatan yang anda telah daftar, anda perlu klik butang yang betul.

Google dan Yahoo biasa menggelarkannya sebagai sign in. Yahoo biasa juga menggunakan istilah Log in

Identiti

Dalam dunia internet yang luas, kita perlu ada identiti untuk dikenali. Dalam internet juga, seorang manusia boleh membuat lebih daripada satu identiti. Malah "robot" juga boleh dicipta untuk membuat beribu-ribu identiti palsu dalam internet. Di sini kita bincang tentang identiti kita kerana kita adalah seorang pengguna internet.

Apabila sesuatu perkhidmatan ingin meminta identiti, mereka biasa istilahkan sebagai User name. Kadang kala mereka sebut sebagai User ID. Identiti ada di dalam Yahoo amat mudah, iaitu nama betul anda atau nama panggilan atau nama pena. Jika nama tersebut telah digunakan, anda boleh meletakkan sesuatu nombor atau kombinasikan nama dan nombor anda sekali sebagai satu identiti. Google amat ketat sedikit dalam menggunakan identiti, mereka biasanya meminta email yang sebenar sebagai identiti. Sejak kebelakangan ini, Yahoo juga telah mengikut langkah tersebut. Penggunaan email sebagai identiti adalah langkah bijak untuk mengelakkan kewujudan identiti palsu.

Email

Memandangkan email merupakan ideniti, maka kita perlu menghafal dan menimpan alamat dan password email seperti kita menjaga keselamatan kad ATM kita.

Mendaftar email dengan Yahoo amat mudah. Kini Yahoo boleh didapati dalam Bahasa Melayu di alamat yahoo.com.my

Mendaftar email dengan Google agak ada masalah sedikit kerana jika dalam satu network (ada banyak komputer menggunakan internet serentak dalam satu talian), maka google hanya akan menerima pendaftaran pertama sahaja. Oleh itu, pendaftaran orang kedua tidak akan diterima kerana ia menganggap orang kedua dan orang peratama adalah orang yang sama. Masalah tidak akan terjadi jika kita ada sedikit kemahiran untuk setting internet network atau jika kita tidak menggunakan network.

Email yang dikendalikan oleh Google dikendalikan oleh gmail.com

Pengendalian email dan istilah di dalam email biasanya sama walaupun kita mendaftar email di host yang berbeza.

Istilah Blog

Keliruan ketika mendaftar blog biasanya disebabkan oleh kekeliruan istilah. Setelah anda berjaya mendaftar untuk memiliki email. Kini anda boleh mendaftar untuk membina blog. Ini kerana identiti yang akan digunakan untuk membina blog ialah dengan menggunakan email anda.

Kini anda perlu ingat, faham dan tahu membezakan istilah sepert berikut

Sign Up / Joint now = Mendaftar

Sign In / Joint in / Log in = Masuk

Kemudian anda akan berjumpa pula dengan istilah baru ini;

Blog Name = nama blog

Blog Discription = keterangan blog

Kedua-dua blog name dan blog discription adalah tidak sama. Ia juga tidak sama dengan identiti anda. Jadi jangan keliru dengan istilah ini.

Keluar

Keluar dari perkhidmatan adalah penting tetapi sering tidak dipandang penting. Apabila kita keluar daripada menggunakan perkhidmatan, bermaksud kita tidak menggunakan perkhidmatan itu lagi. Tetapi bukan bermaksud kita terus meninggalkan perkhidmatan tersebut buat selamanya. Lain kali kita boleh masuk semula tanpa perlu mendaftar berkali-kali.
Istilah yang lazim digunakan oleh Google ialah Sign out. Yahoo pula biasa menggunakan Log out.

Kegagalan kita untuk keluar daripada menggunakan perkhidmatan akan menyebabkan ia boleh dimasuki oleh orang lain yang menggunakan komputer yang sama. Akibatnya mereka boleh ekses masuk dengan menggunakan identiti kita. Pastikan anda betul-betul keluar setiap kali menggunakan perkhidmatan bank atau perkhidmatan akaun pembayaran seperti Maybank2u dan Paypal.

Dalam keadaan ini, Yahoo agak selamat kerana setiap kali kita meninggalkan komputer dalam keadaan tidak digunakan atau telah menutup internet, akaun Yahoo akan turut dianggap keluar dan akaun kita selamat jika kita terlupa untuk keluar.

Dengan memahami istilah mudah ini sahaja telah memungkinkan sesiapa sahaja membina dan memiliki sebuah blog dengan mudah walaupun pelajar sekolah rendah. Semoga anda berjaya membina blog. Jika ada sebarang pertanyaan sila ajukan.

Terima kasih.

No comments:

Sekiranya anda hanya melihat kotak-kotak kosong, ini ialah tulisan jawi. Sila klik link ini untuk mendownload tulisan jawi secara selamat dan percuma ke dalam komputer anda. Kemudian save ke dalam WINDOWS - FONTS

ARIAL JAWI, ARIAL NASAKH and ARABIC TYPESETTING