Assalamualaikum.
Saya telah lama berhajat untuk berinteraksi dengan saudara. Alhamdulillah akhirnya saya ketemu juga dengan email saudara. Mudah mudahan interaksi ini diberkati Allah.
Saya pengumpul koleksi buku-buku terbitan saudara. Kesemuanya mematangkan dan membuka minda dari persepsi seorang penganalisa yang tidak boleh dianggap "neutral" dalam politik.
Saya ingin menyatakan rasa sedikit kekecewaan dalam buku terbaru saudara. Pada peringkat awal, saya terpaksa akur dengan istilah "dunia belum kiamat" kerana selama ini ramalan saudara tidak pernah tewas.
Tetapi di sini saya ingin menyatakan beberapa fakta saintifik mengenai "dunia tetap akan kiamat" atau alam bahasa mudahnya "sebuah empayar pasti akan runtuh".
Sebagai seorang saintis, tidak perlulah saya berkias atau bersastra, saya teruskan kepada fakta yang ingin dikongsikan bersama.
1. Dalam teori fibonacci, setiap turutan yang ke 13 bermaksud "perubahan". Pokok akan berbunga apabila cabangnya 13. Bismillah itu lengkap kerana ada 13 huruf. Cengkerang siput sempurna apabila melalui fasa ke 13. Rasulullah membina sahabat-sahabat core selama 13 tahun bermula pada hari kerasulan sehingga hijrah. Banyak lagi jika hendak disenaraikan di sini, sebagai kesimpulan, 13 bermaksud perubahan daripada sesuatu yang sedang dibina kepada sesuatu yang baru. 13 bermaksud hijrah, revolusi, pertukaran. Itu sebab 13 ini mencemaskan kita. Kita bakal menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13. PRU 13 bermaksud akan ada kejutan besar. Sebab itulah ramalan saudara bahawa "dunia belum kiamat" agak skeptikal bagi saya. Malangnya saya tidak mengetahui masa hadapan dan tidak dapat mengagak apakah perubahan yang bakal berlaku dan perubahan dari segi apa?
2. Saudara suka memakai baju berwarna merah, sedangkan warna merah hanya resonan pada hari ahad. Pemakaian warna mengikut resonan hari akan membuahkan idea, instinct dan intuisi yang tinggi. Tetapi pemakaian warna merah setiap hari akan melemahkan tulang, saraf (sakit sendi, lutut) masalah usus (sembelit, mudah cirit birit, buasir). Perkara yang pasti warna merah yang dipakai setiap hari akan menjadikan seseoran itu suka betindak terburu-buru dan melulu. Itu lah sebabnya saya beranggapan tulisan terbaru saudara ini agak melulu dan terburu-buru.
Sila rujuk tulisan saya di sini untuk memahami warna resonan hari; http://www.rawatankesihatan.com/2007/07/warna-hari-resonan.html
Kita perlu bertanggungjawab terhadap apa yang telah kita lakukan. Saya sekadar ingin memberikan komen yang telah lama terpendam. Anggaplah ia respon daripada apa yang telah saudara tulis.
Terima kasih.




