Setiap kali anda memberi komen dan membuat ulasan mengenai sesuatu post yang ditulis oleh seseorang, adakah ia memberikan sesuatu pulangan kepada anda? Mungkin ada sekadar dihargai dengan ucapan terima kasih, itu pun sekiranya blogger asal post tersebut berjaya menjejaki anda.
Tetapi kini anda bukan sahaja akan mendapat ucapan terima kasih yang tidak ternilai malah boleh mendapat bayaran yang agak lumayan daripada penganjur blog!
Setiap komen dan ulasan anda berpotensi untuk mendapat ganjaran wang tunai.
Tetapi kini anda bukan sahaja akan mendapat ucapan terima kasih yang tidak ternilai malah boleh mendapat bayaran yang agak lumayan daripada penganjur blog!
Setiap komen dan ulasan anda berpotensi untuk mendapat ganjaran wang tunai.
Dengan meletakkan komen (yang mengikut kriteria yang ditetapkan di bawah) serta dengan syarat-syarat tertentu yang mudah (seperti yang disenaraikan di bawah), anda berpotensi mendapat bayaran sekiranya memperoleh markah yang tinggi (permarkahan seperti yang dinyatakan di bawah).
Syarat Penyertaan;
Syarat Penyertaan;
- Kuiz ini hanya untuk blog http://rawatankesihatan.blogspot.com/ sahaja (bukan blog ariffaizal.blogspot.com ini).
- Untuk menyertainya anda perlu membuat komen atau ulasan di blog tersebut.
- Penyertaan adalah percuma (gratis).
- Tempoh kuiz bermula dari 20 November hingga 31 Disember 2007.
- Sesiapa sahaja boleh menyertai, tidak mengira kerakyatan dan had umur.
- Peserta mesti memiliki sebuah blog yang memenuhi kriteria seperti berikut (kriteria ini akan dinilai pada tarikh tutup kuiz);
(i) Berusia sekurang-kurangnya 28 hari
(ii) Terdapat sekurang-kurangnya 14 buah post di dalamnya.
(iii) Terdapat sekurang-kurangnya 3 post yang mengulas tentang sesuatu post daripada blog http://rawatankesihatan.blogspot.com/
(iv) Berwibawa, iaitu mempunyai Profile yang diyakini, tetapi kandungannya bebas.
(v) Terdapat sebuah post atau kenyataan di side bar yang menulis atau menghebahkan tentang kewujudan kuiz ini lengkap dengan link back. - Peserta mesti melanggan post (subscribe FeedBurner). Untuk melanggan, mudah sahaja, cuma perlu daftarkan email anda di ruangan yang disediakan di side bar blog tersebut.
- Komen hendaklah dengan memenuhi kriteria seperti berikut;
- (i) Dalam Bahasa Melayu (atau Bahasa Indonesia, bagi rakyat Indonesia).
(ii) Seboleh-bolehnya dalam ejaan baku.
(iii) Tiada unsur negatif atau tidak releven seperti menghasud, perkauman, politik atau yang menjejaskan kredibiliti blog atau post itu sendiri.
(iv) Boleh berbentuk pertanyaan, ulasan atau rumusan. Boleh juga meletakkan sesuatu artikel yang releven.
- Tempat pertama: RM200
- Tempat kedua: RM150
- Tempat ketiga: RM100
- Lima (5) hadiah saguhati: RM10 setiap seorang.
- Penilaian adalah di atas budi bicara pihak penganjur.
- Setelah memenuhi syarat penyertaan di atas, setiap komen yang releven dan memenuhi syarat akan mendapat 1 markah.
- Komen yang berbentuk artikel akan mendapat tambahan 1 markah.
- Selain memenuhi kreteria nombor 4 (iii) di atas yang berbunyi "Terdapat sekurang-kurangnya tiga post yang mengulas tentang sesuatu post daripada blog http://rawatankesihatan.blogspot.com/", setiap post tambahan (post yang keempat dan seterusnya) yang mengulas tentang sesuatu post yang lengkap dengan link back, akan diberikan tambahan 1 markah. Ulasan di blog anda adalah bebas untuk mana-mana post di dalam blog http://rawatankesihatan.blogspot.com/, bermaksud tidak semestinya mengenai komen anda di blog tersebut. Tiga post ulasan yang pertama (iaitu mengikut syarat 4 (iii) di atas) sekiranya telah ditulis sebelum ini (iaitu di luar tempoh kuiz), ia akan diambil kira.
- Permarkahan adalah terkumpul.
- Keputusan akan diumumkan pada 1 Januari 2008
- Keputusan pengadil adalah muktamat
- Pemenang akan dihubungi untuk diberikan hadiah.
- Pemberian hadiah boleh dibuat dengan cara Bank in (untuk rakyat Malaysia) atau Western Union (untuk bukan rakyat Malaysia).
- Kuiz ini amat sistematik dan adil.
- Setiap komen terkini akan disiarkan di side bar.
- Kedudukan komentator yang tertinggi akan disenaraikan di side bar. Senarai kedudukan akan dikemaskini setiap hari selewat-lewatnya sebelum 8.00 pagi.
- Komentator yang disenaraikan akan dilengkapi link back ke blog masing-masing.
- Mereka yang memenuhi krateria secara automatik disenaraikan sebagai peserta.
- Ulasan dari blog peserta yang dilengkapi dengan link back serta senarai komentator daripada blog http://rawatankesihatan.blogspot.com/ akan meningkatkan rangking SEO blog anda. Setiap link back boleh dikesan dengan mudah melalui beberapa cara. Blog http://rawatankesihatan.blogspot.com/ dilengkapi dengan 3 kemudahan untuk tujuan ini, MyBlogLog, Sidemeter dan Technorati.
- Terdapat lebih 100 post yang boleh diberikan ulasan. Insya Allah tentu sekurang-kurangnya terdapat lebih daripada 10 buah post yang berkaitan dengan diri anda atau releven dengan tema di blog anda.
- Anda tidak semestinya perlu memiliki pengetahuan tentang perubatan, yang penting anda boleh mengulas dengan bakat semulajadi yang sedia ada.
Antara ulasan yang boleh dibuat di blog peserta;
- Ulasan adalah bebas mengikur kreativiti anda.
- Ceritakan kuasa belian terhadap wang tunai RM200, misalnya boleh digunakan untuk membayar bil elektrik, atau bil air, atau minyak petrol kereta, atau tol selama sebulan. Atau mungkin meringankan anda membayar sewa rumah. Atau bil streamyx atau sebagainya. RM200 ini mungkin lebih lumayan daripada program Adsense.
- Peserta boleh mengulas tentang syarat kuiz ini, memberi komen tentang hadiah yang ditawarkan. Setakat ini hadiah yang ditawarkan adalah yang tertinggi yang pernah saya temui.
Rumusan;
Sebenarnya mudah sahaja untuk menyetai kuiz ini, cuma perlu turuti enam langkah mudah;
- Tinggalkan komen di rawatankesihatan
- Perlu subscribe FeedBurner
- Perlu ada blog sendiri
- Buat link dari blog anda ke rawatankesihatan
- Buat makluman mengenai kewujudan kuiz ini di side bar atau post blog anda
- Ulasan di blog anda
Contoh komentator terbaik dengan ulasan di blog sendiri
- Sila rujuk post betajuk Terapi Kambing atau http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/07/terapi-kambing.html
- Sila rujuk ulasan tentang post Terapi Kambing di blog komentator ini atau http://ladanguluyam.blogspot.com/2007/10/terapi-kambing.html
- Terdapat juga ulasan oleh orang yang sama di blog yang lain dengan tajuk Kambing Terapi Kesihatan di http://kambing-boer.blogspot.com/2007/10/kambing-terapi-kesihatan.html
Kenapa penganjur mengadakan kuiz ini?
Kerana kami amat menghargai anda.
Terima kasih.
13 comments:
huhu..ade pertandingan menarik disini..saya suka bab komen mengomen nie :D
Wassalam. tampak nyata kalau tuan penganjur kebebasan bagi keilmuan buat kemashlahatan bersama ummat. Dan tuan tak main2 makanya berani berkorban buat suatu kejayaan itu. Saya mahu ikut buat ukur, apa yang saya punyai sudah patut bagi tujuan bersama itu. Seberapapun hasilnya, bagi saya manatau boleh menjadikan jalan bagi kita untuk saling bertemu. Amiiien Yaa Rabb.
salam Dr...
Apa yang mampu saya lakukan hanya backlink dan promo kat Forum TV3...
Kita sama-sama mencari keredhaan Ilahi.Tolong menolong adalah kewajipan.Kalau ada berlebihan kita bersedekah.Idea yang sangat baik,disamping memamtapkan pena berkarya,menambahkan ilmu dan mendapat rezeki.Semoga berjaya.
wassalam
abghalim uluyam
abghalim, buat lah apa pun, ia akan dinilai seadilnya, insya Allah.
Terima kasih kepada mereka yang berhajat untuk memberikan komitmen. Semoga berjaya.
JOM,,JOMM,,,RAMAI RAMAI IKUT...HEBOH,,,HEBOHHH......KAT SINI...BADAN SIHAT POKET PUN SIHAT.....APA LAGI TUNGGU!!!!
KUIZ BLOGGER PERTAMA KALI BERNILAI SATU JUTA UNTUK DIBAGI BAGI...KALO DALAM DUIT INDON TU DOKTER,,hehehhe...
Assalamualaikum Tn. Dokter..beberapa rakan dari seberang menyatakan .MEREKA TAK FAHAM,,maybe tak faham bahasa kut"tepaksalah saye kene alihbahsakan dalam Indonesia gitu..syarat dan ketentuan peraduan ni,dan nilai hadiah dinilaikan dalam bentuk Rupiah secara rambang"katalah 200 Rm ni,,samalah nilai Rp.500.000,,,total hadiah keseluruhan dalam sejuta lebihlah gitu,,,hehe,,Rupiahlahh...
ops.. kuiz ini turut ditawarkan kepada rakyat Indonesia. Mungkin silap saya kerana tidak mahir dalam bahasa indonesia, tetapi rakan-rakan saya dari indonesia yang kenal, bisa faham.
Mungkin saudara titian blog serumpun boleh tolong ulaskan di blog saudara dalam gaya bahasa yang difahami oleh rakyat indonesia.
Ulasan serta backlink itu sahaja sudah merupakan salah satu syarat penyertaan.
wah tadinya saya mau iku menyemarakkan kuis ini...bukan karena uang..tapi hanya persahabatan... tapi setelah baca commentnya "Titian blog serumpun" ... saya mengundurkan diri saja degh ...
sorry yah... kita itu orang indonesia..bukan indon!!!
memang sejuta rupiah terlihat banyak..dengan kata million...tapi biasa aja tuh...
Please yah Malay cintahku !!!....Indonesia itu tidak semiskin yang kalian fikirkan. Coba datang dan tengok sendiri lah negeri kami ...
For Dr.Ariffaizal ... tetap jaya utk anda...keep blogging, keep posting, semoga anda sukses selalu.
terima kasih
SUeeR,,gak NGERTI..apa yang dimaksud ICHA ,,apa bedanya yah...perkataan MALAY ama INDON,,emang para penyelidik bahasa udah ngasih definisi tentang ayat ini''yah,,bingung dunkk....APA HUBUNGANNYA'''suerr...gak ngertiiiii...DI TITIAN BLOG SERUMPUN SEMUA BERSAUDARA,,gak milih RAS ,SUKU,BUDAYA,,buta,tuli,pekak,,NO PROPAGANDA.....NO DEVIDE AT IMPERA...MENIUPKAN ANGIN YANG bisa membawa sengketa ITU SATU DOSA'''''kalo yang ngerti kejelekannya bahasa ITU,,jangan dikomen di blog"Profesional"berikan tanggapan secara pribadi,,teguran dan peringatan,bahwa bahasa itu gak bisa di pakai"karna yang apa yang dituliskan mendebat komentar bisa membawa persengketaan.,padahal niat kita itu baik,,MALAH GAK NGERTI...apa hubngannya...INDON ama KEMISKINAN suerr,,bingung..
Wang bukan pertaruhan yang diambilkira sebagai satu matlamat utama menyertai kuiz, Icha mungkin melihat satu2 pertandingan tersubut dari sudat yang berbeza, Jika wang menjadi pertaruhan, maka itu sahajalah yang anda dapat, Cuba lihat disebalik setiap pertandingan tersebut ada hikmah dan kenikmatan lain yang bisa diperolehi, Satu juta,dua juta atau oukuhan juta...angka yang dinilai mungkin berbeza dari setiap individu dengan individu lain tapi yang lebih penting adalah rezeki Allah bukan setakat wang. Jika wang yang anda lihat, wang yang anda dapat. Jika Ilmu yang anda lihat maka ilmu yang akan anda perolehi...Aauuzubiilah mohon dilindungi Allah dari gilakan harta duniawi yang membutakan mata dan hati...Amin...
Manusia di bumi ini tiada bezanya...hanya manusia suka membezakan antara manusia dengan manusia yang lain mengikut penilaian mereka sendiri....serumpun bangsa sahabatku sedunia, Aman bumi tiada sengketa...Bermaaf2an budaya kita, agar keamanan dinikmati bersama.
Benar arina"ya laa,kan,,,kita mahu cipta kedamaian,,dengan kuiz Dr Arif ni..saya fikir boleh mengeratkan hubungan blogger Indonesia dan Malaysia,,sebab bukan smua blogger Indonesia dan Malaysia berfikiran sempit,ramai yang profesional,terbuka dan mencari ilmu dalam berblog ,kita boleh saling berbagi ilmu untuk pengetahuan sejagat...sebab itu saya mengorak langkah memberi sokongan padu untuk kuiz dr Arif ni bagi kalangan serumpun,,,saya rasa belum lagi ikut mana mana kuiz yang menawarkan wang semata,saya melihatnya dari sudut persaudaraan dan juga keilmuan"saya sentiasa berbenah diri sendiri agar tidak menjadi blogger hipokrit...kerana sentiasa saya kekurangan"....BERSYUKURLAH ADA BLOG BOLEH MENAMBAH ILMU YANG SECEBIS ini.
Post a Comment