Wednesday, September 12, 2007

Kursus Membina Blog

Kursus ini adalah kursus tertutup dan post ini ialah rujukan kepada peserta kursus. Peserta ialah pelajar dan ahli kumpulan Penyelaras Colour Vibration Therapy Negeri Perak sahaja. Pelajar akan dimaklumkan atau jika ada yang berminat, sila hubungi segera kerana tempat amat terhad.

Pengenalan

Ilmu dan aplikasi Colour Vibration Therapy amat luas dan memberi banyak manfaat kepada masyarakat. Ia berkembang dengan perlahan-lahan melalui mulut ke mulut (by words of mouth). Setelah ia mula ditulis di dalam Blog Internet, didapati sambutannya amat menggalakkan.

Blog ialah satu invention di dalam internet yang membentuk dunia baru yang amat luas berkali-kali ganda daripada laman web. Maklumat boleh disebarkan melalui blog dengan amat berkesan dan boleh diperolehi dengan pantas mengatasi siaran berita di television. Selain itu, kandungan maklumat dalam blog jauh lebih lengkap daripada laman web.

Blog boleh ditulis oleh sesiapa dan dibaca oleh sesiapa dengan serta merta setelah ia diterbitkan (published).

Menyedari kehebatan kewujudan blog, marilah kita mengambil kesempatan ini untuk memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Dengan ini kita dapat mengikuti kelas dan mempelajari ilmu CVT dengan mudah dan pantas menerusi Blog.

Kursus ini akan menerangkan anda secara teknikal mengenai cara untuk menulis blog dengan berkesan, cepat dan mudah.

Objektif kursus

1. Belajar dan mengetahui teknik dan Sign In (mendaftar dan memiliki akaun) email
2. Belajar dan mengetahui teknik dan Sign In (mendaftar dan memiliki akaun) blog
3. Belajar teknik menulis blog
4. Belajar teknik menguruskan blog

Objektif kangka panjang

1. Mengembangkan ilmu Colour Vibration Therapy
2. Memperolehi banyak ilmu daripada manfaat blog
3. Menjana pendapatan daripada manfaat blog

Keperluan atau persediaan yang anda perlu ada;

Anda tidak perlu menjadi seorang yang pakar tentang IT, jika anda boleh mengendalikan asas computer seperti “Microsoft Word” dan memiliki internet serta tahu menggunakan email, anda boleh memiliki blog.

Walaupun anda tidak memiliki email, kursus ini akan mengajar anda cara untuk membuatnya. Email boleh disediakan dalam tempoh kurang 5 minit. Email diperlukan sebagai ID untuk Sign In blog.

Memiliki blog adalah semudah memiliki e-mail. Blok asalnya ialah sebuah diari atau catatan harian yang disediakan melalui atas talian (on line). Dengan teknik tertentu, ia seolah-olah seperti laman web.

Berikut ialah bahan pilihan untuk modul kursus;

  • 1. Memilih search engine: Search engine yang dipilih ialah Google. Di dunia, Google berada pada kedudukan pertama popular, di Malaysia, Google berada di kedudukan ketiga diminati (selepas Yahoo dan friendster)

  • 2. Menyediakan email: email yang dipilih ialah Gmail. Gmail ialah kepunyaan Google.
    Menyediakan blog: Blog yang dipilih ialah Blogger. Blogger ialah kepunyaan Google yang dihoskan oleh blogspot.


  • 3. Menyediakan blog reader: Blog reader yang dipilih ialah Google Reader. Google Reader ialah kepunyaan Google.



  • 4. Penyedia blog (blogger) tidak menyediakan kemudahan organizer seperi statistic traffic yang keluar masuk ke blog kita. Oleh itu, kita perlu memilih blog organizer sendiri. Blog organizer yang dipilih ialah MyBlogLog.



  • 5. Gadget: Beberapa gadget yang bermanfaat yang dipilih ialah seperti sitemeter. Ia digunakan untuk menunjukkan jumlah pelawat yang masuk ke dalam blog kita

  • 6. Menamakan blog: Boleh gunakan nama anda sendiri sebagai nama blog. Jika ingin memilih nama lain, ia akan diterangkan melalui taklimat Petua Jutawan nanti.
Jadual Kursus

PERKARATAJUK/ BUTIRANCATATAN
3.00petang hingga 4.00 petangPendaftaran peserta dan penginapan55 B Tingkat 1, Persiaran Camellia 3, Bandar Baru,Tanah Rata, Cameron Highland
7.45malamKehadiran ke tempat kursus
8.00malam hingga 9.00 malamKursus kesihatan dan petua jutawanCara mandi air sejuk dengan Seri Wajah. Taklimatmemilih nama jutawan
9.00malam hingga 12.00 malamKursus membina blogMenyediakan email. Cara membuat dan menulis blog. Caramembaca blog.
Blog organizer
Gmail
Blogger(blogspot)
BlogReader
MyBlogLog
sitemeter
9.00pagi hingga 11.00 pagiUlangkaji kursusSambungan kurus, ujian cara membuka semula dan menulisblogCheck Out pukul 12.00 tengah hari pada 21 Okt 2007


Maklumat Kursus

TARIKH20 Oktober 2007 (Jumaat malam Sabtu)
TEMPAT55 B, Tingkat 1, Persiaran Camellia 3, Bandar Baru,Tanah Rata, Cemeron Highland
MASAMalam 20hb dan Pagi 21hb (rujuk jadual di atas)
PENYAMPAIDr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin


Borang penyertaan

Sila dapatkan borang penyertaan yang disediakan di dalam kad jemputan khas daripada Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin 012-4008972

Peta lokasi


Lain-lain perkara

Kursus RM30, sewa 1 apartment RM210. Apartment dilengkapi dengan 3 bilik tidur, 1 ruang tamu dengan TV astro, 1 dapur dan 1 bilik mandi.

Yuran penyertaan adalah pakej kursus yang dicampurkan dengan sewa apartment. Contohnya jika anda ingin datang menghadiri kursus, sebuah apartment telah ditetapkan untuk 3 orang peserta sahaja. Oleh itu RM210 dibahagikan dengan 3 orang bersamaan dengan RM70. Setelah dicampurkan dengan yuran kursus, jumlahnya ialah RM100.

Apartment hanya dibenarkan dikonsi oleh mereka yang muhrim atau sama jantina sahaja. Tidak boleh campur aduk lelaki dan perempuan yang bukan dalam satu apartment walaupun di dalam apartment terdapat 3 bilik tidur yang berasingan.

Aparment bertempat di Taman Royal Lili yang terletak kira-kira 300 meter dari tempat kursus.

Peserta digalakkan membawa keluarga dan menyewa 1 apartment dengan bayaran RM210 campur RM30 yang berjumlah RM240 sahaja. Sekiranya terdapat ahli keluarga ingin turut menyertai kursus, cuma perlu membayar yuran kursus RM30 sahaja.

Buat masa sekarang sebanyak 8 apartment telah ditempah. 1 daripadanya untuk penganjur dan bakinya untuk peserta. Tempahan tambahan perlu dibuat segera dalam minggu ini kerana persaingan tempahan yang tinggi.

Apartment dilengkapi dengan TV astro, insya Allah sesuai sebagai tempat berehat seisi keluarga ketika anda sedang menyetai kursus.

Apartment dilengkap dengan dapur masak yang lengkap dengan pinggan mangkuk, periuk, kuali, minyak masak, dapur gas dan sebagainya. Anda boleh membawa makanan sendiri dari rumah kerana harga barang runcit di Cemeron Highland agak mahal.

Sila bawa bersama pakaian sejuk yang mencukupi untuk menghadapi cuaca sejuk

Kursus Dan Rawatan Colour Vibration Therapy

Kursus ini ialah penerangan cara penggunaan Aromatherapy Seri Wajah di tempat sejuk bertekanan rendah iaitu di Cameron Highland.

Bagaimana untuk mandi air sejuk di tempat sejuk dan keperluan mandi air sejuk di tempat bertekanan rendah.

Peluang menyertai kursus ini adalah peluang untuk menjalani rawatan Colour Vibration Therapy secara semula jadi.

Taklimat Jutawan

Beberapa rahsia jutawan akan dibongkar, salah satu daripadanya ialah teknik memilih nama yang natijahnya membawa kepada jutawan, insya Allah.

Blog Sebagai Invention

Blog ialah penemuan atau penciptaan terbaru yang sangat hangat diperkatakan di mana-mana. Ia merupakan sebuah "dunia yang luas" di dalam internet! Blog boleh berupa seperti website, tetapi hakitatnya amat berbeza dan ia sebenarnya jauh lebih mesra dengan search engine hingga menjadikan ia lebih polular berbanding website.

Adalah sesuatu yang ketinggalan zaman dan amat rugi sekiranya anda tidak tahu mengenai blog, atau sekurang-kurangnya menjadi seorang pembaca blog. Sebelum saya pergi lebih jauh berikut ialah istilah dalam dunia blog

Blogger = penulis blog
Blogging = pembaca blog

Apa itu blog?


Asalnya blog ialah sebuah diari yang dicatat setiap hari. Ia boleh dijadikan tertutup daripada didedahkan dan boleh dijadikan terbuka untuk kongsi dan didedahkan kepada orang lain. Satu ketika dahulu, blog hanya boleh diletakkan tulisan, kini boleh diletakkan gambar, jadual (table), flash, video dan suara. Kreativiti blogger akan menjadikan blog sangat hebat. Anda boleh menukar blog menjadi seperti website, atau forum atau sebagainya.

Fungsi blog

Memandangkan blog sangat hebat, mudah dan pantas disediakan, ramai peniaga yang menjadikan internet sebagai punca pendapatan telah menjadikan blognya sebagai medium pemasaran. Blog yang digunakan untuk perniagaan digelar "Blog perniagaan".
Selain itu, blog boleh dijadikan home page yang merekodkan mengenai peribadi yang boleh dikongsikan atau dipaparkan secara umum. Sesiapa sahaja boleh mengenali seseorang hanya dengan search nama orang tersebut di search engine.

Bagi syarikat koprat, blog ialah tempat paling mudah menyimpan data dan maklumat penting syarikat yang boleh dibawa ke mana-mana. Caranya ialah apabila sesuatu dokumen penting diperlukan contonnya ROB (daftar perniagaan), hanya perlu ke CC, down load dan print.
Saya tidak meminati dunia hiburan, jadi tak berapa pandai memperkatakan fungsi blog yang hebat dalam dunia hiburan.

Kenapa blog polular?

Search engine yang paling polular di dunia ialah Google (di malaysia Yahoo). Google menjadikan blog sebagai tempat perniagaan pengiklanan yang menjadikan google sekarang ini antara syarikat internet teramatlah kaya di dunia secara mendadak!
Oleh itu, blog telah dipolularkan oleh google hingga sesuatu post yang diterbitkan (published) dengan serta-merta (bebarapa saat) telah boleh dipaparkan di seluruh dunia. Berbanding dengan website, ia mengambil masa antara 2 minggu ke 2 bulan untuk dikenali (terutama jika guna Yahoo)

Google Adsence

Ini ialah program iklan yang menjadi pencetus ilham kepada google yang telah mempopularkan dunia blog hingga mengubah dunia kita hari ini.
Dengan meletakkan google adsence, anda akan dibayar setiap klik sekiranya ada pelawat yang masuk ke blog anda dan klik iklan dalam program google adsence tu. Percayalah mereka memang bayar kat kita!

Bagaimana ingin menulis blog?

Anda boleh mendaftar secara percuma di mana-mana host blog atau melanggan blog berbayar. Contoh blog percuma ialah blogger.com (yang dihostkan oleh blogspot). Membuatnya amatlah mudah dan boleh dikendalikan oleh sesiapa sahaja. Mula-mula daftar dengan beberapa cara mudah, kemudian tulis, lepas tu terbitkan (publish). Daripada pelajar sekolah darjah 6 inggalah nenek 60 tahun pun tahu menggunakannya. Semoga anda bergembira blogger dan blogging!
Sekiranya anda hanya melihat kotak-kotak kosong, ini ialah tulisan jawi. Sila klik link ini untuk mendownload tulisan jawi secara selamat dan percuma ke dalam komputer anda. Kemudian save ke dalam WINDOWS - FONTS

ARIAL JAWI, ARIAL NASAKH and ARABIC TYPESETTING