Sunday, March 23, 2008

Dalil Mengharamkan Nyanyian

a. Berdasarkan firman Allah:

“Dan di antara manusia ada orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna (lahwal hadits) untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu ejekan. Mereka itu akan memperoleh adzab yang menghinakan.” (Qs. Luqmân [31]: 6)

Beberapa ulama menafsirkan maksud lahwal hadits ini sebagai nyanyian, musik atau lagu, di antaranya al-Hasan, al-Qurthubi, Ibnu Abbas dan Ibnu Mas’ud.

Ayat-ayat lain yang dijadikan dalil pengharaman nyanyian adalah Qs. an-Najm [53]: 59-61; dan Qs. al-Isrâ’ [17]: 64 (Abi Bakar Jabir al-Jazairi, Haramkah Musik Dan Lagu? (al-I’lam bi Anna al-‘Azif wa al-Ghina Haram), hal. 20-22).

b. Hadits Abu Malik Al-Asy’ari ra bahwa Rasulullah Saw bersabda:

“Sesungguhnya akan ada di kalangan umatku golongan yang menghalalkan zina, sutera, arak, dan alat-alat musik (al-ma’azif).” [HR. Bukhari, Shahih Bukhari, hadits no. 5590].

c. Hadits Aisyah ra Rasulullah Saw bersabda:

“Sesungguhnya Allah mengharamkan nyanyian-nyanyian (qoynah) dan menjualbelikannya, mempelajarinya atau mendengar-kannya.” Kemudian beliau membacakan ayat di atas. [HR. Ibnu Abi Dunya dan Ibnu Mardawaih].

d. Hadits dari Ibnu Mas’ud ra, Rasulullah Saw bersabda:

“Nyanyian itu bisa menimbulkan nifaq, seperti air menumbuhkan kembang.” [HR. Ibnu Abi Dunya dan al-Baihaqi, hadits mauquf].

e. Hadits dari Abu Umamah ra, Rasulullah Saw bersabda:

“Orang yang bernyanyi, maka Allah SWT mengutus padanya dua syaitan yang menunggangi dua pundaknya dan memukul-mukul tumitnya pada dada si penyanyi sampai dia berhenti.” [HR. Ibnu Abid Dunya.].

f. Hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Auf ra bahwa Rasulullah Saw bersabda:

“Sesungguhnya aku dilarang dari suara yang hina dan sesat, yaitu: 1. Alunan suara nyanyian yang melalaikan dengan iringan seruling syaitan (mazamirus syaithan). 2. Ratapan seorang ketika mendapat musibah sehingga menampar wajahnya sendiri dan merobek pakaiannya dengan ratapan syaitan (rannatus syaithan).”

3 comments:

babylito said...

"Selain kehilangan gema, tubuh akan terangsang atau terisi dengan gema baru yang tidak harmoni dengan alam. Misalnya seseorang yang mendengar nyanyian kemudian cuba untuk menyanyikannya semula akan kekal bermain lagu tersebut di dalam jiwanya walaupun lagu yang didengari itu telah lama berhenti."-petikan http://rawatankesihatan.blogspot.com/2008/03/formula-suara.html

Jika kita telitikan,lagu2 yg pernah kita dengar atau nyanyikan suatu ketika dahulu contohnya 10 tahun dahulu lagu itu tetap kita boleh ingat iramanya dan bila2 masa kita boleh lagukannya semula walaupun liriknya mungkin kita lupa.

q said...

assalamualaikum
salam perkenalan
hadis kat atas 2 btol kuat kesahihannya ker sbab seb nie saya ada baca majalah islam dan lihat pertanyaan antara ulama diorang ckap kebanyakan hadis berkaitan nyanyian nie lemah sahihnya sebab 2 kadg die x tunjuk hadis seperti saudara tunjkkan

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN said...

En Razif yang dihormati, hadis ini walaupun satu sahaja sudah cukup memberikan hujah yang amat kuat;

“Sesungguhnya akan ada di kalangan umatku golongan yang menghalalkan zina, sutera, arak, dan alat-alat musik (al-ma’azif).” [HR. Bukhari, Shahih Bukhari, hadits no. 5590].

Al-Ma'azif itu bukan sahaja bermaksud alat-alat muzik, malah ia merangkumi bunyi-bunyian termasuk mulut yang membunyikan seperti bermain muzik antaranya bersiul atau meletup-letupkan bibir (akapela).

Selain mulut, perbuatan yang menghasilkan bunyi-bunyi seperti bermain muzik juga adalah dikatakan al-ma'azif seperti menghentak kaki, termasuk memakai loceng di kaki dan dihentakkan, mengetuk-ngetuk meja seperti berdendang, menepuk-nepuk mana-mana bahagian badan seperti peha atau pipi atau perut dan sebagainya untuk berdendang. Menepuk tangan untuk menghasilkan muzik adalah juga al-mu'azif.

Nyanyaian ialah syair yang dimuzikkan dan ia tergolong dalam katagori al-mu'azif. Rasulullah tidak menyukai syair dan tidak pandai bersyair walaupun ia tidak diharamkan dengan jelas.

Sekiranya anda hanya melihat kotak-kotak kosong, ini ialah tulisan jawi. Sila klik link ini untuk mendownload tulisan jawi secara selamat dan percuma ke dalam komputer anda. Kemudian save ke dalam WINDOWS - FONTS

ARIAL JAWI, ARIAL NASAKH and ARABIC TYPESETTING