Wednesday, September 12, 2007

Blog Sebagai Invention

Blog ialah penemuan atau penciptaan terbaru yang sangat hangat diperkatakan di mana-mana. Ia merupakan sebuah "dunia yang luas" di dalam internet! Blog boleh berupa seperti website, tetapi hakitatnya amat berbeza dan ia sebenarnya jauh lebih mesra dengan search engine hingga menjadikan ia lebih polular berbanding website.

Adalah sesuatu yang ketinggalan zaman dan amat rugi sekiranya anda tidak tahu mengenai blog, atau sekurang-kurangnya menjadi seorang pembaca blog. Sebelum saya pergi lebih jauh berikut ialah istilah dalam dunia blog

Blogger = penulis blog
Blogging = pembaca blog

Apa itu blog?


Asalnya blog ialah sebuah diari yang dicatat setiap hari. Ia boleh dijadikan tertutup daripada didedahkan dan boleh dijadikan terbuka untuk kongsi dan didedahkan kepada orang lain. Satu ketika dahulu, blog hanya boleh diletakkan tulisan, kini boleh diletakkan gambar, jadual (table), flash, video dan suara. Kreativiti blogger akan menjadikan blog sangat hebat. Anda boleh menukar blog menjadi seperti website, atau forum atau sebagainya.

Fungsi blog

Memandangkan blog sangat hebat, mudah dan pantas disediakan, ramai peniaga yang menjadikan internet sebagai punca pendapatan telah menjadikan blognya sebagai medium pemasaran. Blog yang digunakan untuk perniagaan digelar "Blog perniagaan".
Selain itu, blog boleh dijadikan home page yang merekodkan mengenai peribadi yang boleh dikongsikan atau dipaparkan secara umum. Sesiapa sahaja boleh mengenali seseorang hanya dengan search nama orang tersebut di search engine.

Bagi syarikat koprat, blog ialah tempat paling mudah menyimpan data dan maklumat penting syarikat yang boleh dibawa ke mana-mana. Caranya ialah apabila sesuatu dokumen penting diperlukan contonnya ROB (daftar perniagaan), hanya perlu ke CC, down load dan print.
Saya tidak meminati dunia hiburan, jadi tak berapa pandai memperkatakan fungsi blog yang hebat dalam dunia hiburan.

Kenapa blog polular?

Search engine yang paling polular di dunia ialah Google (di malaysia Yahoo). Google menjadikan blog sebagai tempat perniagaan pengiklanan yang menjadikan google sekarang ini antara syarikat internet teramatlah kaya di dunia secara mendadak!
Oleh itu, blog telah dipolularkan oleh google hingga sesuatu post yang diterbitkan (published) dengan serta-merta (bebarapa saat) telah boleh dipaparkan di seluruh dunia. Berbanding dengan website, ia mengambil masa antara 2 minggu ke 2 bulan untuk dikenali (terutama jika guna Yahoo)

Google Adsence

Ini ialah program iklan yang menjadi pencetus ilham kepada google yang telah mempopularkan dunia blog hingga mengubah dunia kita hari ini.
Dengan meletakkan google adsence, anda akan dibayar setiap klik sekiranya ada pelawat yang masuk ke blog anda dan klik iklan dalam program google adsence tu. Percayalah mereka memang bayar kat kita!

Bagaimana ingin menulis blog?

Anda boleh mendaftar secara percuma di mana-mana host blog atau melanggan blog berbayar. Contoh blog percuma ialah blogger.com (yang dihostkan oleh blogspot). Membuatnya amatlah mudah dan boleh dikendalikan oleh sesiapa sahaja. Mula-mula daftar dengan beberapa cara mudah, kemudian tulis, lepas tu terbitkan (publish). Daripada pelajar sekolah darjah 6 inggalah nenek 60 tahun pun tahu menggunakannya. Semoga anda bergembira blogger dan blogging!

No comments:

Sekiranya anda hanya melihat kotak-kotak kosong, ini ialah tulisan jawi. Sila klik link ini untuk mendownload tulisan jawi secara selamat dan percuma ke dalam komputer anda. Kemudian save ke dalam WINDOWS - FONTS

ARIAL JAWI, ARIAL NASAKH and ARABIC TYPESETTING