Proses hidup yang kita lalui ini telah mendidik kita secara sedar atau tidak sedar, sehingga meninggalkan kesan yang melekat kuat pada lubuk hati dan jiwa kita. Tetapi kerana kita kurang memahami benar-benar tentang kehendak Allah atau sistem hidup yang dikehendaki oleh Allah, maka kita berada dalam satu keadaan yang tidak mengembalikan diri secara sedar dan faham untuk merujuk kepada Al Quran dan As Sunah Rasulullah SAW dan para sahabat. Malah kita tidak kembali dengan secara memahami Islam yang sudah sempurna, sebagai sistem hidup yang diredai oleh Allah SWT. Juga kita tidak kembali kepada ulama yang telah memahami Islam yang mampu membawa nikmat.
Tadarru Islami
Hasil daripada ini kita telah mengambil nilai-nilai yang tidak Islamik. Ditambah pula dengan keadaan Islam campur aduk dikongsi oleh faham kebangsaan (Asabiah). Masyarakat Islam tidak kenal Islam yang sebenarnya, tidak jelas (Tadarru Islami) iaitu konsep Islam yang sebenarnya.
Mereka memilih ulama yang tidak muktabar, ulama-ulama itu dianggap muktabar. Dalam suasana mereka mengambil ulama-ulama yang menyuarakan syariat Allah dalam suasana sistem demokrasi, dalam suasana kepentingan beberapa aspek ibadah sahaja ditekankan, dalam suasana ibadah sempit dilaksanakan begitu bersungguh-sungguh di samping mengagungkan dan puas hati dengan cara hidup pemerintahan yang tidak Islamik, maka dalam keadaan begini kita telah diproses oleh sistem dan masyarakat toghout. Proses ini telah menukar hati dan fikiran kita yang bersih sejak kecil kepada natijah-natijah yang tidak Islamik dari satu peringkat ke satu peringkat. Sejak kecil lagi kita disogokkan dengan berbagai-bagai-bagai ikrar penipuan serta mewujudkan suasana yang bertujuan meyakinkan kita pada sistem yang tidak Islamik.
Nilai Nasionalisme
Apa yang ketara sekali ialah nilai kebangsaan. Prinsip ini dididik dengan rukun negara, lagu negara, bendera negara dab berbagai-bagai-bagai cara lagi untuk memikat hati kepada nilai ini. Oleh itu, perlulah kita ingat dengan mengambil nilai kebangsaan bererti kita berkongsi dengan mereka yang tidak yakin kepada Islam. Ini terbukti apabila mereka menanamkan nilai kebangsaan lebih tinggi daripada nilai aqidah. Maka nilai “Aqidah Kebangsaan” menguasai nilai Islam. Jadi kita setiap hari dididik dengan nilai Melayu, tradisi Melayu, kempen-kempen kenegaraan dan sebagainya. Sedangkan pada hakikat sebenarnya nilai Islam lebih membawa kepada penyatuan, kemajuan dan kejayaan yang sungguh hebat dan luar biasa.
Seterusnya kita dididik dan diasuh berlumba-lumba dengan nilai kedaerahan dan kenegerian. Bila disebut orang Perlis maka berbanggalah dengan kePerlisannya sehingga orang bukan dari Perlis digelar “Orang Luaq”, Kelantan dengan keKelantannya sehingga orang bukan dari Kelantan digelar “Oghe Mlayu” dan begitulah dengan negeri-negeri lain. Nilai ini meresap ke dalam jiwa masyarakat kita dengan segarnya, malah nilai ini dipupuk dan digalakkan oleh orang bukan Islam. Soal aqidah terus dilupakan. Sekali lagi nilai aqidah tidak mendapat tempat yang utama dalam jiwa dan fikiran kita. Kita lihat nilai ini popular dan perlawanan bola sepak sehingga orang-orang Islam tidak lagi yakin dengan kekuasaan Allah tetapi sebaliknya yakin kepada kebolehan makhluk atau rekaan makhluk mengambil alih tempat. Jadi semua ini membawa nilai zahir sebagai kuasa pemutus seperti contoh kita cukup tertarik bila melihat yang zahir sebagai kuasa pemutus.
Perayaan Toghut
Dalam sistem tidak Islamik ini, wujud dengan banyaknya suasana yang menerima kebolehan zahir seperti badan cantik, ratu cantik dan lain-lain lagi. Begitu juga sistem ini mewujudkan suasana-suasana perayaan dan pengagungan hari-hari tertentu supaya masyarakat terikut-ikut dengan nilai mereka, seperti hari kebangsaan, hari Malaysia, hari pahlawan (dalam konteks pahlawan yang mempertahankan demokrasi), hari keputeraan duli, meraikan tokoh-tokoh yang menegakkan sistem yang dimurkai oleh Allah iaitu sistem yang direka oleh manusia.
Jadi suasana-suasana yang diwujudkan ini menyebabkan kita dididik dengan yang tidak Islamik. Begitulah berbagai-bagai hari lagi yang mendidik kita ke arah melupakan hari-hari yang sepatutnya kita ambil iktibar bagi meningkatkan keimanan. Hari keputeraan Rasulullah perlulah dirayakan dengan betul. Hari peringatan perang Badar patut dihidupkan semula. Begitulah juga AL Quran yang sepatutnya kita ambil sebagai dasar perjalanan hidup kita, seterusnya Islam sebagai akhlak yang sepatutnya kita contohi yang mana inilah yang kita wajib fahami, pelajari dan yakini. Seterusnya tradisi-tradisi Islamlah yang patut kita laksanakan merealisasikan Islam sebagai satu-satunya cara hidup.
Pada hari ini iaitu dalam suasana yang tidak Islamik, kita telah diberi kesempatan oleh masyarakat untuk memahami Islam, tetapi bukanlah Islam seperti mana yang Allah mahu sebaliknya Islam seperti mana yang masyarakat mahu (atau majoriti mahu). Jadi dalam keadaan menerima Islam seperti ini (Islam campur aduk), kita telah mengagungkan dan puas hati dengan undang-undang yang direka oleh manusia di Parlimen sedangkan kita sedar bahawa manusia tidak mempunyai hak mencipta undang-undang. Perkara seumpama ini telah menjadi biasa bagi kita dan masyarakat kita. Contohnya bila kita membaca surat khabar, kia dapati denda-denda dan hukuman-hukuman yang dikenakan oleh hakim (kononnya) kita rasa adil. Sebenarnya wajib kita ketahui, bahawa dengan menerima undang-undang rekaan manusia ia merupakan penyekat bagi kita untuk menerima undang-undang yang sebenarnya iaitu hukum-hukum Allah SWT. Jika kita tidak merasai hakikat ini, maka sebetulnya kita tidak dididik dengan perkataan lain hati kita tidak melalui proses pendidikan untuk memungkinkan kita merasai hakikat yang seumpama ini. Oleh itu, kita sangat-sangat dituntut untuk masuk ke dalam proses pendidikan (tarbiah) secara keseluruhan yang disusun dan dipimpin oleh Harakah Islamiah yang sebenarnya. Oleh itu apabila kita ingin diri kita terdidik (tarbiah), maka kita hanya akan menyertai tarbiah yang berbentuk gerakan iaitu Tarbiah Islamiah Harakiah.
Tarbiah Islamiah Harakiah
Dengan beradanya kita di dalam Tarbiah Islamiah Harakiah, maka barulah kita ada pendidikan yang akan membawa kita mempelajari dan memahami proses mendidik kembali hati dan fikiran kita. Begitu juga kita diberi tunjuk ajar supaya gerak geri dan tingkah laku kita selaras dan tidak terkeluar daripada syarak. Di luar daripada Tarbiah Islamiah Harakiah, proses ini tidak ditekankan. Proses untuk mendidik hatidan membawa kepada keseragaman, kesefahaman dan keseimbangan (wahdatul fikri) di antara anggota-anggota gerak juga tidak ditekankan.
DI dalam Tarbiah Islamiah Harakiah, hati merupakan sasaran dan perlu didahulukan. Hati-hati anggota dibawa untuk kembali mengenal Allah SWT sebagai Ilah, iaitu Tuhan yang disembah dalam semua hal, pada setiap masa dan di mana saja kita berada. Tarbiah Islamiah Harakiah juga mendidik hati-hati anggota untuk kembali kepada Rab sebagai Tuhan yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu yag dapat kita lihat dan ghaib. Di mana-mana saja, pada bila-bila masa dan dalam keadaan mana sekalipun, Allah tetap Berkuasa. Hati dididik untuk berhubung terus dengan Allah SWT mengesakan Allah SWT, mendaulatkan Allah SWT dan sentiasa merasai Allah SWT berkuasa dalam hati, fikiran dan tingkah laku. Di dalam didikan ini hati ditumpukan dahulu kerana bertolak dari hatilah akan timbul rasa hati, buah fikiran, tingkah laku dan gerak geri seseorang. Hatilah merupakan anggota yang mempunyai kekuatan yang akan melancarkan gerakan.
Di dalam hati sudah sedia ada sifat-sifat kasih, berani, sabar, kesungguhan, kemahuan, desakan dan begitu juga sifat-sifat benci, malas, takut, lemah dan lain-lain lagi. Jadi dalam Tarbiah Islamiah Harakiah, hati yang kasih dilatih untuk meletakkan kasih itu betul pada tempatnya. Oleh itu setiap anggota dilatih untuk mengambil tindakan sendiri, dalam meletakkan sifat-sifat yang baik ini, benar-benar berfungsi secara betul iaitu untuk memperhambakannya kepada Allah SWT semata-mata. Begitulah juga sifat berani, mestilah berani kerana Allah SWT, sifat sabar mestilah untuk melaksanakan perhambaan diri (ubudiah) kepada Allah SWT semata-mata. Begitu juga dengan sifat benci, mesti diletakkan pada tempatnya yang betul iaitu kita benci pada yang dilarang atau diharamkan oleh Allah SWT, benci kepada sistem yang tidak Islamik, institusi yang tidak Islamik, perlembagaan yang tidak Islamik, nilai yang tidak Islamik dan benci ini mestilah kerana Allah SWT. Begitulah sifat-sifat yang lain seperti kita lemah apabila diajak membuat, memikir, bersuka-suka dengan perkara-perkara yang tidak Islamik.
Daurah Tamayus
Inilah proses yang lurus yang ingin kita ikuti. Hati kita ingin kita dididik untuk mendapat sifat-sifat yang betul, iaitu Islamik. Proses ini akan berjalan sehingga kita mencapai sifat-sifat Muslim yang tulen, iaitu membawa natijah perbezaan Islam dan Kafir atau disebut Daurah Tamayus. Daurah Tamayus ialah proses yang perlu kita lalui kerana kita perlunya ada perbezaan. Perlunya ada perbezaan di dalam hati dan di dalam fikiran kita. Dengan ini insya Allah akan lahir gerak kerja, sistem hidup, undang-undang, sosial, kebudayaan, politik, akhlak yang betul-betul berbeza dengan yang tidak Islamik supaya ia menjadi seperti yang dikehendaki oleh Allah.