Wednesday, November 21, 2007

Nilai RM200

Keunikan manusia menjadikan nilai sesuatu itu berbeza. Ringgit ialah simbol untuk menilaikan matawang yang digunapakai di Malaysia. Nilai bagi jumlah RM200 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja) ialah sesuatu yang amat hangat dan hebat untuk diperkatakan.

RM100 muka hadapan

RM100 muka belakang

Kuasa RM200

Berikut ialah kuasa yang dimiliki oleh nilai RM200.00 sekiranya digunakan oleh rakyat Malaysia;
  1. Bil telefon talian tetap sebulan
  2. Bil telefon bimbit sebulan
  3. Boleh jadi jumlah bil telefon talian tetap dan telefon bimbit sebulan
  4. Bil elektrik sebulan
  5. Bil air 2 bulan
  6. Boleh jadi jumlah bil elektrik dan air sebulan
  7. Boleh bayar bil air untuk penggunaan 4 bulan
  8. Bil siaran TV satelit ASTRO 2 bulan
  9. Boleh jadi bil siaran TV satelit ASTRO 4 bulan.
  10. Minyak kereta (mobil) untuk 1 minggu.
  11. Boleh jadi minyak kereta (mobil) untuk 2 minggu.
  12. Bil talian internet board band steramyx untuk 2 setengah bulan
  13. Boleh jadi bil talian internet board band streamyx untuk 4 bulan
  14. 1/3 daripada sewa rumah di bandar besar
  15. 1/2 daripada sewa rumah di luar bandar
  16. Sewa rumah sebulan di pendalaman
  17. Penginapan hotel 3 bintang untuk 2 malam
  18. Penginapan hotel 4 bintang untuk 1 malam
  19. Pembiyaan tol lebuhraya PLUS untuk 1 bulan
  20. Boleh jadi pembiyaan tol lebuhraya PLUS untuk 2 bulan
  21. Boleh memenuhkan troli ketika membeli belah di Tesko atau Giant atau Carefour atau Parkson atau Jaya Jusco
  22. Tiket kapal terbang pergi balik AirAsia antara Kuala Lumpur ke Langkawi, jika booking awal
  23. Perbelanjaan minyak dan tol pergi balik antara Pulau Pinang ke Kuala Lumpur (iaitu perjalanan sejauh kira-kira 600 km dengan tempoh perjalanan 5 jam).
  24. Belanja pakaian sekolah seorang anak.
  25. Boleh jadi belanja pakaian sekolah 2 orang anak.
  26. Belanja untuk 2 minggu seorang penuntut universiti atau institusi pendidikan tinggi.
  27. Boleh jadi belanja untuk 3 minggu seorang penuntut universiti atau institusi pendidikan tinggi.
  28. Yuran sebulan persekolahan anak di Sekolah Agama Rakyat atau sekolah swasta.
  29. Boleh jadi yuran 2 bulan persekolahan anak di Sekolah Agama Rakyat atau sekolah swasta.
  30. Yuran anak prasekolah untuk 4 bulan.
  31. Yuran penjagaan anak (nurseri) untuk 2 bulan.
  32. Yuran building management (untuk mereka yang tinggal di pangsapuri bermanagement).
Mungkin anda boleh tolong senaraikannya lagi di blog anda. Jika untuk rakyat Indonesia, RM200 mungkin dalam 536,300 Rupiah. (Sila rujuk tool ini untuk mengira tukaran semasa antara matawang Rupiah dan matawang yang lain http://www.mataf.net/en/currency-converter-109.htm)

Sumber RM200
  1. Berusaha keras dalam program Adsense dengan menyediakan blog berbahasa inggeris dengan menulis post baru hampir setiap hari.
  2. 1/2 pendapatan sebulan mereka yang mengumpul dan menjual barang kitar semula.
  3. Boleh jadi pendapatan sebulan mereka yang menjual barang kitar semula.
  4. 1/3 daripada gaji pokok kerani am kerajaan.
  5. 1/2 daripada gaji pembantu kedai atau pelayan restoran.
  6. 1/2 daripada gaji kerani di luar bandar
  7. Gaji sebulan untuk pekerja bawah umur
Mungkin anda boleh tulis lebih lagi sumber RM200 ini di blog anda.

Aliran antarabangsa RM200

"Malaysia Trully Asia" ialah satu cogan kata yang telah menarik berjuta-juta pelancung hingga menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mendapat tempat kedua dalam penerimaan pelancung tertinggi setelah Hong Kong.

Ironinya, "Malaysia Trully Asia" juga adalah suatu persepsi rakyat malaysia yang melihat negara ini diserbu dan dibanjiri oleh rakyat dari negara jiran yang ingin mendapatkan peluang pekerjaan. Bermula dari Indonesia, kini Myanmar, Bangladesh, India, Nepal, Pakistan, Vietnam, Combodia, Laos, Thailand, Phillipine dan banyak lagi (setakat ini Singapore dan Brunei belum lagi). Maka betullah "Malaysia Trully Asia".

Kini di bandar-bandar besar, mereka berada di mana-mana. Berdekatan dengan kediaman saya (bandar Ipoh, Perak), terdapat sebuah asrama yang menempatkan lebih 100 orang pekerja Indonesia yang bekerja di sebuah kilang. Kesemua pekerja tersebut mendapat lebih 4 kali ganda RM200.

Pekerja import ini lebih rajin ke bank berbanding rakyat tempatan. Rupa-rupanya mereka setia dan disiplin mengirimkan wang ke kampung dengan pelbagai kemudahan seperti Western Union dan sebagainya.

Berapakan jumlah yang biasa mereka kirimkan?

Puratanya ialah tidak kurang daripada RM200.

Jika 100 orang pekerja ini mengirimkan RM200 ke negara asal, maka sebanyak gandaan 100 wang RM200 telah mengalir dalam aliran antarabangsa. Bagaimana dengan 2 juta rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia, dengan 6 juta lagi rakyat dari beberapa negara yang lain?

p/s: nampaknya insya Allah ada lagi RM200 yang berpotensi untuk mengalir ke aliran antarabangsa.

Hadiah utama pemenang Kuiz Rawatan Kesihatan = RM200

RM200 ialah hadiah utama untuk pemenang kuiz tersebut, diikuti RM150 untuk tempat kedua, RM100 untuk tempat ketiga dan 5 kedudukan yang berikutnya akan menerima saguhati RM10 seorang.

Kuiz Rawatan Kesihatan dianjurkan oleh blog http://rawatankesihatan.blogspot.com/

Syarat dan peraturan terdapat dalam blog ini di post bertajuk Kuiz Rawatan Kesihatan atau http://ariffaizal.blogspot.com/2007/11/kuiz-rawatan-kesihatan.html

Bagi peserta kuiz ini RM200 lebih daripada nilai sebenarnya.

Berapakah nilai sebenar RM200?

Hanya anda yang boleh memberikan nilai sebenar terhadap RM200

Program Lebih Hebat Daripada Adsense

Setakat ini belum ada lagi program yang paling stabil, diyakini, tiada risiko dan menguntungkan selain Program Adsense. Belum ada juga program klik yang menawarkan ganjaran yang tertinggi selain Adsense. Jika ada, ia adalah program komisyen, iaitu setelah pembeli membuat bayaran, barulan blogger yang menyediakan iklan untuk program tersebut akan menerima bayaran. Sehingga kini, program Adsense telah mengungguli program yang hebat di era ini.

Kelemahan Adsense

Salah satu syarat adsense ialah blog kita hendaklah sekurang-kurannya 80% dalam bahasa inggeris atau ejaan yang berdaftar dalam kamus english. Selain itu, semua tajuk post hendaklah 100% dalam bahasa inggeris.

Atas sebab inilah ramai blogger yang tidak mahir menguasai atau biasa berbahasa inggeris cuma hangat-hangat tahi ayam. Mereka menyediakan sebuah blog dalam beberapa minggu, atau antara 10 ke 20 post, kemudian setelah adsense yang diletakkan itu berjaya memaparkan iklan yang releven dengan post dalam blog mereka, maka mereka akan berhenti menulis dan menunggu program adsense memberikan pulangan. Biasanya pulangan ini tidak sampai USD10 pun. Malah semakin lama blog tersebut ditinggalkan, maka semakin rendah rangking blog tersebut. Selain itu, dengan syarat-syarat tertentu program adsense, blog yang tidak aktif akan berkurang pula ganjaran yang telah terkumpul.

Matlamat keuntungan bersama

Keuntungan bersama adalah matlamat semua orang. Ataupun kepuasan menulis. Bagi mereka yang mahir berbahasa inggeris, kepuasan atau minat untuk menulis bolehlah dibalas dengan pulangan daripada program Adsense yang dipasang di blog masing-masing.

Tetapi, bagaimana bagi mereka yang menulis untuk kepuasan ini, terus menulis dalam bahasa Melayu? Biasanya, mereka tentu akan berhenti menulis setelah bertemu dengan komitmen yang baru atau jika ada sesuatau perkara yang menguntungkan untuk diberi perhatian. Atau jika mereka telah bosan menulis.

Revolusi Kuiz

Sebenarnya masih banyak lagi program yang menguntungkan penulis blog dalam bahasa Melayu. Salah satunya ialah dengan kewujudan kuiz.

Kuiz yang menawarkan hadiah ialah salah satu revolusi atau satu invention, dan apabila ia menjadi satu gaya dalam dunia blog, maka ia akan menjadi salah satu program yang menguntungkan.

Bagaimana Kuiz menguntungkan?

Penulis blog yang menganjurkan kuiz akan meminta syarat-syarat tertentu yang akan memberikan keuntungan kepada pihak penganjur. Sudah tentu peserta akan bersaing merebut tempat yang menawarkan hadiah dengan cara memenuhi syarat penyertaan.

Sebagai balasannya, maka layaklah peserta yang berjaya diberikan hadiah yang lumayan.

Hadiah lumayan?

Ya, lumayan dan menguntungkan penganjur dan peserta.

Sebagai contoh, blog http://rawatankesihatan.blogspot.com/ menganjurkan kuiz yang menawarkan hadiah RM200 sebagai pemenang utama, RM150 tempat kedua, RM100 tempat ketiga dan RM10 sebagai saguhati kepada 5 tempat berikutnya. Untuk syarat dan peraturan kuiz ini, sila rujuk post sebelum ini bertajuk Kuiz Rawatan Kesihatan.

RM200 mungkin amat kecil bagi rakyat Singapura dan Brunei, sederhana bagi rakyat Malaysia dan agak mahal sedikit bagi rakyat Indonesia.

Ia sebenarnya diletakkan berdasarkan teori Penawaran dan Permintaan (Demand and Supply). Oleh itu, jumlahnya akan meningkat berkali-kali ganda sekiranya terdapat sambutan mengalakkan dan juga sekiranya terdapat saingan daripada penganjur atau blogger yang lain.

Sebelum ini, saya pernah menyertai kuiz seumpama ini (dengan syarat yang agak berbeza) tetapi dengan ganjaran cuma RM50. Ketika itu sambutan agak baik dengan penyertaan tidak kurang daripada 20 orang.

RM50 sahaja?

Ya, ketika itu teori Penawaran dan Permintaan menyebabkan tawarannya cuma RM50 untuk pemenang pertama.

Kini jumlah tersebut ialah RM200 dan ia ditawarkan untuk kuiz yang sedang berlangsung sepanjang 20 November 2007 hingga 31 Disember 2007.

Pada masa yang akan datang, penganjur yang lain perlu menawarkan hadiah yang lebih daripada RM500 (iaitu jumlah keseluruhan tawaran) atau sekurang-kurangnya senilai dengannya.

Bagaimana yang tidak berjaya mendapat hadiah juga untung?

Apabila ada pemenang, tentu ada yang kalah. Tetapi sebenarnya semua peserta untung.

Sesetengah penganjur yang lain tidak menetapkan syarat seperti back link dan ulasan post di blog peserta itu sendiri. Sudah tentulah peserta tersebut tidak mendapat sebarang keuntungan dan mula menarik diri di saat-saati akhir setelah mendapati tiada harapan untuk menang.

Tetapi tidak kepada peserta yang menyertai kuiz yang dianjurkan oleh http://rawatankesihatan.blogspot.com/. Penganjur mengenakan syarat seperti membuat back link dan post ulasan di blog sendiri. Selain itu, peserta diwajibkan membuat hiperlink di side bar blog mereka. Post ulasan tersebut bukan satu, tetapi perlu tiga. Post ulasan seterusnya pula akan diberi tambahan markah. Dengan ini semua, sudah tentulah ranking SEO blog peserta akan meningkat dengan mendadak. Blog yang tinggi ranking SEO akan lebih dikenali di search engine. Semakin banyak post ulasan yang menyediakan back link, maka lebih tinggilah ranking SEO mereka.

Tidak cukup dengan itu, penganjur akan membuat senarai peserta yang tertinggi markahnya serta memaparkan komen yang ditinggalkan dengan masing-masing dilengkapi backlink. Biasanya hampir kesemua peserta yang lain pasti akan melakukan klik ke blog peserta yang tersenarai. Dari sini, trafik akan bertambah diikuti dengan ranking SEO blog peserta tersebut.

Tahukah anda, peserta akan jadi lebih aktif dan terangsang dengan penyertaan mereka dalam sesuatu kuiz?

Inilah fenomena yang pasti berlaku. Sesiapa yang rajin, dialah naik atas.

Penganjur akan jadi lebih sibuk mengadili peserta daripada membangunkan blognya sendiri.

Bagi peserta (yang juga seorang blogger), mereka secara automatik telah memajukan blog mereka sendiri hanya dengan memenuhi syarat penyertaan, iaitu mengulas tentang sesuatu post dalam http://rawatankesihatan.blogspot.com/

Kuiz lebih untung daripada Program Adsense

Ya, masakan tidak. Jika anda seorang yang kreatif menulis dalam bahasa inggeris, tetapi tidak mahir IT untuk meningkatkan rangking blog, sudah tentu anda kekurangan trafik (pelawat). Trafik yang rendah akan mengurangkan klik kepada program adsense anda. Untuk mendapat trafik yang tinggi, anda juga perlu ada usaha yang tinggi untuk menulis dengan lebih banyak lagi.

Pengalaman saya setakat hari ini, blog berbahasa Melayu yang menerima pelawat teringgi sehari paling maksimum yang pernah saya temui ialah sebanyak 3000 orang. Itu pun ialah blog kepunyaan seorang blogger yang agak pakar dalam IT dan telah lama mahir menulis blog melebihi setahun yang lalu. Sesetengah blog berbahasa Melayu hanya menerima purata 40 orang sehari sejak setahun yang lalu.

Blog berbahasa Inggeris mungkin boleh menerima pelawat 10 kali ganda daripada blog berbahasa Melayu.

Blog berbahasa inggeris yang menerima bayaran daripada program adsense paling maksimum yang pernah saya temui ialah kira-kira USD300 atau menyamai lebih kurang RM1,000. Itu pun blog berbahasa inggeris kepunyaan blogger proffesional. Bagi yang kurang proffesional mungkin dalam lingkungan USD120. Itu pun biasanya terkumpul setelah dua bulan lamanya. Bermakna sebulan blogger tersebut akan mendapat kira-kira RM200 sebulan. RM200 untuk satu usaha yang amat berat!

Lebih malang lagi jika USD120 itu terkumpul setelah 3 ke 5 bulan.

Dengan kuiz, tidak semestinya anda perlu ada trafik hingga 3000 orang atau menulis post dalam bahasa inggeris setiap hari untuk mendapatkan RM200. Anda boleh menulis dalam bahasa Melayu / Indonesia, tidak perlu sampai setiap hari. Kemudian bersaing mengumpul markah setinggi mungkin, kemudian anda boleh mendapat tempat pertama untuk membolot hadiah RM200. Selain hadiah yang lumayan, banyak lagi faedah yang tidak dapat ditawarkan oleh program Adsense.

Kesimpulan

Insya Allah. Semua orang untung

Monday, November 19, 2007

Kuiz Rawatan Kesihatan

Setiap kali anda memberi komen dan membuat ulasan mengenai sesuatu post yang ditulis oleh seseorang, adakah ia memberikan sesuatu pulangan kepada anda? Mungkin ada sekadar dihargai dengan ucapan terima kasih, itu pun sekiranya blogger asal post tersebut berjaya menjejaki anda.

Tetapi kini anda bukan sahaja akan mendapat ucapan terima kasih yang tidak ternilai malah boleh mendapat bayaran yang agak lumayan daripada penganjur blog!

Setiap komen dan ulasan anda berpotensi untuk mendapat ganjaran wang tunai.


Dengan meletakkan komen (yang mengikut kriteria yang ditetapkan di bawah) serta dengan syarat-syarat tertentu yang mudah (seperti yang disenaraikan di bawah), anda berpotensi mendapat bayaran sekiranya memperoleh markah yang tinggi (permarkahan seperti yang dinyatakan di bawah).

Syarat Penyertaan;
  1. Kuiz ini hanya untuk blog http://rawatankesihatan.blogspot.com/ sahaja (bukan blog ariffaizal.blogspot.com ini).
  2. Untuk menyertainya anda perlu membuat komen atau ulasan di blog tersebut.
  3. Penyertaan adalah percuma (gratis).
  4. Tempoh kuiz bermula dari 20 November hingga 31 Disember 2007.
  5. Sesiapa sahaja boleh menyertai, tidak mengira kerakyatan dan had umur.
  6. Peserta mesti memiliki sebuah blog yang memenuhi kriteria seperti berikut (kriteria ini akan dinilai pada tarikh tutup kuiz);
    (i) Berusia sekurang-kurangnya 28 hari
    (ii) Terdapat sekurang-kurangnya 14 buah post di dalamnya.
    (iii) Terdapat sekurang-kurangnya 3 post yang mengulas tentang sesuatu post daripada blog http://rawatankesihatan.blogspot.com/
    (iv) Berwibawa, iaitu mempunyai Profile yang diyakini, tetapi kandungannya bebas.
    (v) Terdapat sebuah post atau kenyataan di side bar yang menulis atau menghebahkan tentang kewujudan kuiz ini lengkap dengan link back.
  7. Peserta mesti melanggan post (subscribe FeedBurner). Untuk melanggan, mudah sahaja, cuma perlu daftarkan email anda di ruangan yang disediakan di side bar blog tersebut.
  8. Komen hendaklah dengan memenuhi kriteria seperti berikut;
  • (i) Dalam Bahasa Melayu (atau Bahasa Indonesia, bagi rakyat Indonesia).
    (ii) Seboleh-bolehnya dalam ejaan baku.
    (iii) Tiada unsur negatif atau tidak releven seperti menghasud, perkauman, politik atau yang menjejaskan kredibiliti blog atau post itu sendiri.
    (iv) Boleh berbentuk pertanyaan, ulasan atau rumusan. Boleh juga meletakkan sesuatu artikel yang releven.
Hadiah wang tunai;
  1. Tempat pertama: RM200
  2. Tempat kedua: RM150
  3. Tempat ketiga: RM100
  4. Lima (5) hadiah saguhati: RM10 setiap seorang.
Penilaian dan permarkahan;
  1. Penilaian adalah di atas budi bicara pihak penganjur.
  2. Setelah memenuhi syarat penyertaan di atas, setiap komen yang releven dan memenuhi syarat akan mendapat 1 markah.
  3. Komen yang berbentuk artikel akan mendapat tambahan 1 markah.
  4. Selain memenuhi kreteria nombor 4 (iii) di atas yang berbunyi "Terdapat sekurang-kurangnya tiga post yang mengulas tentang sesuatu post daripada blog http://rawatankesihatan.blogspot.com/", setiap post tambahan (post yang keempat dan seterusnya) yang mengulas tentang sesuatu post yang lengkap dengan link back, akan diberikan tambahan 1 markah. Ulasan di blog anda adalah bebas untuk mana-mana post di dalam blog http://rawatankesihatan.blogspot.com/, bermaksud tidak semestinya mengenai komen anda di blog tersebut. Tiga post ulasan yang pertama (iaitu mengikut syarat 4 (iii) di atas) sekiranya telah ditulis sebelum ini (iaitu di luar tempoh kuiz), ia akan diambil kira.
  5. Permarkahan adalah terkumpul.
Pengumuman keputusan;
  1. Keputusan akan diumumkan pada 1 Januari 2008
  2. Keputusan pengadil adalah muktamat
  3. Pemenang akan dihubungi untuk diberikan hadiah.
  4. Pemberian hadiah boleh dibuat dengan cara Bank in (untuk rakyat Malaysia) atau Western Union (untuk bukan rakyat Malaysia).
Kelebihan menyertai kuiz ini;
  1. Kuiz ini amat sistematik dan adil.
  2. Setiap komen terkini akan disiarkan di side bar.
  3. Kedudukan komentator yang tertinggi akan disenaraikan di side bar. Senarai kedudukan akan dikemaskini setiap hari selewat-lewatnya sebelum 8.00 pagi.
  4. Komentator yang disenaraikan akan dilengkapi link back ke blog masing-masing.
  5. Mereka yang memenuhi krateria secara automatik disenaraikan sebagai peserta.
  6. Ulasan dari blog peserta yang dilengkapi dengan link back serta senarai komentator daripada blog http://rawatankesihatan.blogspot.com/ akan meningkatkan rangking SEO blog anda. Setiap link back boleh dikesan dengan mudah melalui beberapa cara. Blog http://rawatankesihatan.blogspot.com/ dilengkapi dengan 3 kemudahan untuk tujuan ini, MyBlogLog, Sidemeter dan Technorati.
  7. Terdapat lebih 100 post yang boleh diberikan ulasan. Insya Allah tentu sekurang-kurangnya terdapat lebih daripada 10 buah post yang berkaitan dengan diri anda atau releven dengan tema di blog anda.
  8. Anda tidak semestinya perlu memiliki pengetahuan tentang perubatan, yang penting anda boleh mengulas dengan bakat semulajadi yang sedia ada.

Antara ulasan yang boleh dibuat di blog peserta;

  1. Ulasan adalah bebas mengikur kreativiti anda.
  2. Ceritakan kuasa belian terhadap wang tunai RM200, misalnya boleh digunakan untuk membayar bil elektrik, atau bil air, atau minyak petrol kereta, atau tol selama sebulan. Atau mungkin meringankan anda membayar sewa rumah. Atau bil streamyx atau sebagainya. RM200 ini mungkin lebih lumayan daripada program Adsense.
  3. Peserta boleh mengulas tentang syarat kuiz ini, memberi komen tentang hadiah yang ditawarkan. Setakat ini hadiah yang ditawarkan adalah yang tertinggi yang pernah saya temui.

Rumusan;

Sebenarnya mudah sahaja untuk menyetai kuiz ini, cuma perlu turuti enam langkah mudah;

  1. Tinggalkan komen di rawatankesihatan
  2. Perlu subscribe FeedBurner
  3. Perlu ada blog sendiri
  4. Buat link dari blog anda ke rawatankesihatan
  5. Buat makluman mengenai kewujudan kuiz ini di side bar atau post blog anda
  6. Ulasan di blog anda

Contoh komentator terbaik dengan ulasan di blog sendiri

  1. Sila rujuk post betajuk Terapi Kambing atau http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/07/terapi-kambing.html
  2. Sila rujuk ulasan tentang post Terapi Kambing di blog komentator ini atau http://ladanguluyam.blogspot.com/2007/10/terapi-kambing.html
  3. Terdapat juga ulasan oleh orang yang sama di blog yang lain dengan tajuk Kambing Terapi Kesihatan di http://kambing-boer.blogspot.com/2007/10/kambing-terapi-kesihatan.html

Kenapa penganjur mengadakan kuiz ini?

Kerana kami amat menghargai anda.

Terima kasih.

Monday, November 5, 2007

Yahoo! Messenger online status in blog

Latterly Yahoo! Messenger is the most popular tool. It easy to use and represent email instantly. It can contribute increasing visitor and blog conversion (costumer). We can make it more effective by put an online status Yahoo! Messenger widget in our web or blog.

How to put Yahoo! Messenger online status button in your blog?

For example at this blog http://rawatankesihatan.blogspot.com/

It easy, every body can do it. Just copy this code, change YOUR_YAHOO_ID to your yahoo ID name.

<a href="ymsgr:sendIM? YOUR_YAHOO_ID ">
<img border="0" src="http://opi.yahoo.com/online?u= YOUR_YAHOO_ID &m=g&t=2"/> </a>

Don’t change anything but that, unless you know about html code.

You can choose any picture below and set it by this code.

= this style is no: 1





= this style is no: 2





= this style is no: 3





Each picture is representing with a number. They are three types of picture each represent as number 1, 2 or 3. Change the number according the picture you like at the html code above showed. Only one picture can be use in one time, so only one number can be set.

After finish setting and satisfied with it, just copy and paste at HTML / java script (if using blogger hosted by blogspot) or at HTML format (if you make a website).

Save setting, view four page, and yahoo!, your are done.

You can test it by Sign In and Sign Out your Yahoo! Messenger. Every time you do it, click refresh button at your toolbar (with your blog / web chennel URL address) to see the changes. You will smile with the result!

There are a few URL you can learn to make it by yourself

http://messenger.yahoo.com/addpresence.php

The html code suggested as below;

<a href="http://messenger.yahoo.com/edit/send/?.target=YOUR_YAHOO_ID">
<img border=0 src="http://opi.yahoo.com/online?u= YOUR_YAHOO_ID &m=g&t=2&l=us"></a>

Here, the picture displayed will be fix like this;





The advantage at this website is you just need to put Your Yahoo! ID and copy the html code.

This blog teach you to do it by yourself, but explanation is in Indonesian, so 100 million of South East Asian can understand it.

http://edittag.blogspot.com/2006/06/web-incorporating-yahoo-messenger-into.html

Hopefully you will be happy for all day if you can make it. Good luck!

Sunday, November 4, 2007

Istilah Blogging

Pemerhatian yang dijalankan kepada mereka yang masih belum berjaya membina blog adalah disebabkan oleh kekeliruan terhadap istilah tertentu di dalam dunia internet. Bukan salah kita kerana gagal memahami istilah ini, tetapi kerana sesuatu laman di dalam internet ini menggunakan istilah yang berbeza sedangkan maksudnya sama.

Sebagai contoh, Google dan Yahoo menggunakan istilah yang berbeza seolah-olah bersaing untuk mewujudkan pembendaharaan kata yang tersendiri. Post ini akan menerangkan maksud istilah yang digunakan walaupun perkataannya berbeza.

Mendaftar

Untuk menggunakan sesuatu perkhidmatan, semua pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu dengan perkhidmatan tersebut supaya mereka mudah mengenali diri kita. Untuk mendaftar, kita perlu klik butang yang betul.

Google biasa menggunakan istilah Sign up. Yahoo juga biasa menggunakannya. Tetapi dalam keadaan tertentu, Yahoo menggunakan Joint in.

Masuk

Apabila anda telah mendaftar, lain kali anda boleh menggunakan perkhidmatan tersebut dengan cara meletakkan identiti anda dan memasukkan password. Untuk masuk ke perkhidmatan yang anda telah daftar, anda perlu klik butang yang betul.

Google dan Yahoo biasa menggelarkannya sebagai sign in. Yahoo biasa juga menggunakan istilah Log in

Identiti

Dalam dunia internet yang luas, kita perlu ada identiti untuk dikenali. Dalam internet juga, seorang manusia boleh membuat lebih daripada satu identiti. Malah "robot" juga boleh dicipta untuk membuat beribu-ribu identiti palsu dalam internet. Di sini kita bincang tentang identiti kita kerana kita adalah seorang pengguna internet.

Apabila sesuatu perkhidmatan ingin meminta identiti, mereka biasa istilahkan sebagai User name. Kadang kala mereka sebut sebagai User ID. Identiti ada di dalam Yahoo amat mudah, iaitu nama betul anda atau nama panggilan atau nama pena. Jika nama tersebut telah digunakan, anda boleh meletakkan sesuatu nombor atau kombinasikan nama dan nombor anda sekali sebagai satu identiti. Google amat ketat sedikit dalam menggunakan identiti, mereka biasanya meminta email yang sebenar sebagai identiti. Sejak kebelakangan ini, Yahoo juga telah mengikut langkah tersebut. Penggunaan email sebagai identiti adalah langkah bijak untuk mengelakkan kewujudan identiti palsu.

Email

Memandangkan email merupakan ideniti, maka kita perlu menghafal dan menimpan alamat dan password email seperti kita menjaga keselamatan kad ATM kita.

Mendaftar email dengan Yahoo amat mudah. Kini Yahoo boleh didapati dalam Bahasa Melayu di alamat yahoo.com.my

Mendaftar email dengan Google agak ada masalah sedikit kerana jika dalam satu network (ada banyak komputer menggunakan internet serentak dalam satu talian), maka google hanya akan menerima pendaftaran pertama sahaja. Oleh itu, pendaftaran orang kedua tidak akan diterima kerana ia menganggap orang kedua dan orang peratama adalah orang yang sama. Masalah tidak akan terjadi jika kita ada sedikit kemahiran untuk setting internet network atau jika kita tidak menggunakan network.

Email yang dikendalikan oleh Google dikendalikan oleh gmail.com

Pengendalian email dan istilah di dalam email biasanya sama walaupun kita mendaftar email di host yang berbeza.

Istilah Blog

Keliruan ketika mendaftar blog biasanya disebabkan oleh kekeliruan istilah. Setelah anda berjaya mendaftar untuk memiliki email. Kini anda boleh mendaftar untuk membina blog. Ini kerana identiti yang akan digunakan untuk membina blog ialah dengan menggunakan email anda.

Kini anda perlu ingat, faham dan tahu membezakan istilah sepert berikut

Sign Up / Joint now = Mendaftar

Sign In / Joint in / Log in = Masuk

Kemudian anda akan berjumpa pula dengan istilah baru ini;

Blog Name = nama blog

Blog Discription = keterangan blog

Kedua-dua blog name dan blog discription adalah tidak sama. Ia juga tidak sama dengan identiti anda. Jadi jangan keliru dengan istilah ini.

Keluar

Keluar dari perkhidmatan adalah penting tetapi sering tidak dipandang penting. Apabila kita keluar daripada menggunakan perkhidmatan, bermaksud kita tidak menggunakan perkhidmatan itu lagi. Tetapi bukan bermaksud kita terus meninggalkan perkhidmatan tersebut buat selamanya. Lain kali kita boleh masuk semula tanpa perlu mendaftar berkali-kali.
Istilah yang lazim digunakan oleh Google ialah Sign out. Yahoo pula biasa menggunakan Log out.

Kegagalan kita untuk keluar daripada menggunakan perkhidmatan akan menyebabkan ia boleh dimasuki oleh orang lain yang menggunakan komputer yang sama. Akibatnya mereka boleh ekses masuk dengan menggunakan identiti kita. Pastikan anda betul-betul keluar setiap kali menggunakan perkhidmatan bank atau perkhidmatan akaun pembayaran seperti Maybank2u dan Paypal.

Dalam keadaan ini, Yahoo agak selamat kerana setiap kali kita meninggalkan komputer dalam keadaan tidak digunakan atau telah menutup internet, akaun Yahoo akan turut dianggap keluar dan akaun kita selamat jika kita terlupa untuk keluar.

Dengan memahami istilah mudah ini sahaja telah memungkinkan sesiapa sahaja membina dan memiliki sebuah blog dengan mudah walaupun pelajar sekolah rendah. Semoga anda berjaya membina blog. Jika ada sebarang pertanyaan sila ajukan.

Terima kasih.
Sekiranya anda hanya melihat kotak-kotak kosong, ini ialah tulisan jawi. Sila klik link ini untuk mendownload tulisan jawi secara selamat dan percuma ke dalam komputer anda. Kemudian save ke dalam WINDOWS - FONTS

ARIAL JAWI, ARIAL NASAKH and ARABIC TYPESETTING