Tuesday, July 24, 2007

Tajdid Iman

Mentajdid iman bermaksud memperbaharui iman. Iman kita selalu diuji, oleh itu ia perlu sentiasa diperbaharui.

Kalimah syahadah

Hayati kalimah laila haillallah, muhammadur rasulullah. Ini ialah manhajul hayat (sistem hidup).

Tidak ada abadi melainkan Allah. Tidak ada penyembahan, tidak ada peraturan, tidak ada takut, tidak ada bersandar, tidak ada rezeki, tidak ada patuh melainkan terhadap Allah.

Iman

Iman itu perlu disebut, dibuat, dipegang dan dihayati.

Ibnu Taimiah menyatakan ada enam perkara yang perlu ada terhadap Allah sebagai tanda iman iaitu;
  1. Takut kepada Allah
  2. Kasih kepada Allah
  3. Mengagungkan (takzim) Allah
  4. Memuliakan Allah
  5. Mengharap kepada Allah
  6. Cinta kepada Allah
Jika masih ada saki baki jalilliah seperti kasih kepada artis, mengharap kepada majikan, takut kepada jin, takut miskin, itu tandanya iman masih belum jelas.

Wirid

Wirid Al Ikhwan dalam Al Matsurat, ada istighfar. Istighfar mentajdidkan iman. Istighfarlah 100 kali setiap hari.

Zikrullah menjadi pendinding daripada sifat mazmumah. Sifat mazmumah ialah tempat syaitan untuk mula bertapak di hati. Contohnya seperti;
  • hasat
  • dengki
  • khianat
  • ujub
  • sum'ah
selain itu penyakit hati seperti;
  • keluh kesah
  • merungut
  • was-was
Rasulullah tidak pernah merungut. Sedangkan sekiranya baginda ingin meminta kesenangan, pasti akan Allah makbulkan.

Tawakkal

Berserah kepada Allah ialah tanda kewujudan Allah dalam diri seseorang.

Sedikit orang yang faham tentang tawakkal. Di antara yang sedikit itu, sedikit pula yang dapat terjemahkan dalam kehidupan.

Inabah

Sentiasa bertaubat dan beristighfar. Sentiasa meningkatkan amalan dan memperbaharui amalan. Muhasabah diri setiap hari. Inabah ialah tanda kemajuan pemikiran manusia.

Istianah

Minta pertolongan kepada Allah sepanjang masa. Hati sentiasa berbicara kepada Allah tanpa henti. Merayu-rayu berdoa dan meminta-minta sepanjang masa tanpa henti dengan Allah.

Tiada pengharapan kepada yang lain melainkan dengan Allah. Bersandar sepenuhnya kepada Allah.

Iman sentiasa diuji sepanjang masa. Perlu ada ilmu untuk menghadapi ujian. Jangan meminta perlolongan kepada manusia kerana manusia akan takbur apabila diminta memberi pertolongan.

Takwa

Pegangan melampau atau taksub tidak ada dalam Islam, yang ada ialah takwa. Ibadah ialah tanda takwa. Puasa ialah salah satu cara membentuk ketakwaan.
Sekiranya anda hanya melihat kotak-kotak kosong, ini ialah tulisan jawi. Sila klik link ini untuk mendownload tulisan jawi secara selamat dan percuma ke dalam komputer anda. Kemudian save ke dalam WINDOWS - FONTS

ARIAL JAWI, ARIAL NASAKH and ARABIC TYPESETTING